Nov 28, 2011

Gol Pertama Nazmi Faiz Untuk Malaysia & Insiden 6 Minit

Penulis yakin semua yang menyaksikan perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 semalam pasti kecewa bercampur hairan dengan kekalahan 2-3 skuad Harimau Muda kepada Bahrain.



Mendahului 2 gol dan bermain menentang 10 pemain, pasti kemenangan sudah terbayang diseluruh rakyat Malaysia. Namun sebaliknya berlaku. Lebih pahit apabila ianya berlaku hanya dalam masa 6 minit di babak akhir perlawanan. Memanglah orang kata bola itu bulat dan dalam bola sepak apa sahaja boleh terjadi.



Pujian harus diberikan kepada pemain paling muda dalam padang, Nazmi Faiz Mansor yang bermain dengan cukup cemerlang sepanjang perlawanan. Tahniah kepada beliau kerana berjaya menjaringkan gol pertama untuk Malaysia di peringkat antarabangsa. Gol yang sungguh cantik, guna kaki kiri pulak tu. Penulis rasa ketiadaan Nazmi Faiz antara punca utama midfield dan pertahanan Malaysia cukup mudah diratah pemain Bahrain.

Kalaulah Malaysia menang dalam perlawanan semalam, pasti nama Nazmi Faiz diangkat sebagai wira Malaysia. Tapi malangnya Malaysia kalah dan ramai peminat yang seakan-akan mahu melupakan sebentar cerita-cerita berkaitan bola sepak.

Apa-apapun kita sebagai rakyat Malaysia, perlu terus menyokong skuad negara. Janganlah masa menang puji melambung tapi bila dah kalah, macam-macam kutukan dilemparkan. Selepas ni ada 3 lagi baki perlawanan. Mari kita doakan mereka berjaya menebus kembali maruah Harimau Malaya yang dah tercalar.


Nov 27, 2011

Musim Bola

Sejak kejayaan Harimau Muda menang pingat emas Sukan SEA sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara, bola sepak memang menjadi topik utama perbualan seluruh rakyat Malaysia.

Besar betul pengaruh bola ni kan? Dari yang kecil sampailah ke yang tak berapa nak kecil, semuanya minat dengan bola sepak. Blog ni pun terkena tempias musim bola...

Nama Syahrul Azwari dan Baddrol Bakhtiar yang paling banyak dicari & menyumbang kepada trafik blog light|shadow minggu ni.


Perlawanan menentang Bahrain malam ni boleh dianggap perlawanan kalah mati bagi Harimau Muda menghidupkan peluang ke Sukan Olimpik 2012. Harap-harap Ong Kim Swee boleh turunkan skuad yang terbaik.


Nov 26, 2011

Salam Maal Hijrah - Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut Awal Muharam. Semoga tahun baru 1433H ni lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas. Kat bawah ni penulis kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk dibaca pada petang & malam ni.

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Sabtu 30 Zulhijjah 1432H bersamaan 26 November 2011)


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Sabtu 1 Muharam 1433H bersamaan 26 November 2011)



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Semoga Allah memperkenankan doa kita. InsyaAllah.


Nov 11, 2011

Apa Yang Panda Pandai Dan Tak Pandai

Nov 9, 2011

Wordless Wednesday: The Reason

Ber-BBQ Belakang Rumah

Entri yang dah terlewat 2 hari sebab baru² ni penulis leka dengan game Zuma. Mesti korang cakap bapak-tak-macho-budak-laki-main-game-Zuma! Lantaklah, game tu mencabar kot... Okay, dah lari topik da...

Hari Isnin baru ni penulis satu family ber-BBQ sekali ngan piknik kat belakang rumah. Kenapa belakang rumah? Sebab malas nak jalan jauh². Lagipun belakang rumah kitorang pun dah ala² taman pertanian gitu...hahaha.


Memang buat air liur meleleh...


Sambut sekali besday Abang Gie & Ateh


L.O.V.E

Ciao!

Nov 6, 2011

Selamat Hari Raya - Aidiladha, Haji & Korban

Assalamualaikum. Sebenarnya penulis tak tahu nak pilih yang mana satu antara 3 tu, korang pilihlah sendiri mana yang sesuai. Heheee.

Penulis malas nak tulis panjang², jadi nak buat entri bergambar je...

Antara 3 ekor lembu yang dikorbankan, yang ni paling hero. Dialah yang paling garang dan ganas. "Nellang!" orang Terengganu kata.


Lepas dah siap sembelih & melapah, boleh makan² dulu ambil nafas. Macam-macam ada. Ada mee rebus, mee goreng, nasi himpit, kuih-muih pun ada...



Pastu start kerja balik. Potong & timbang daging untuk diagihkan.


Makcik-makcik ni tengah bizi sediakan daging untuk dibakar. Daging bakar ni memang sedap sehingga menjilat-kayu-pencucuk! Serius tak tipu. Okay itu je nak cerita, bai-bai!


Nov 5, 2011

Samir Nasri Antara 4 Pemain Islam Di Manchester City

Korang masih ingat lagi kekalahan besar 1-6 Syaitan Merah (Red Devils) kepada Manchester City dua minggu lepas?

Kalau sebelum ni penulis dah dedahkan siapa pemain Islam di Barcelona, jangan terkejut kalau penulis katakan dalam perlawanan derby tersebut, ada 3 orang pemain Manchester City yang beragama Islam. Mereka ialah penjaring 2 gol, Edin Dzeko, Yaya Toure dan Samir Nasri. Selain mereka bertiga, Kolo Toure yang juga abang kepada Yaya Toure turut beragama Islam.

Jom baca sedikit cerita tentang 4 Pemain Manchester City Beragama Islam: