Tepat jam 9.30 pagi tadi, secara rasminya
belog t.a.k.e. dah ditutup. Asal nama belog ni adalah daripada gabungan perkataan
technology, architechture, knowledge & engineering. Jadi entri² yang ditulis didalam blog ni semuanya berkait dengan 4 perkara tersebut. Blog ni dibuka sejak 2 tahun lepas, dengan
entri pertama bertarikh 19 April 2009. Entri pertama adalah tentang Menara Taipei 101.
Pada awalnya sayang jugak nak tutup belog ni sebab tiap² satu entri dalam belog tu makan 2, 3 jam jugak baru boleh publish. Nak kumpul data lagi, gambar lagi, memang susah jugak la.
Lagi pun best jugak ada belog
english ni sebab pelawatnya datang dari seluruh dunia. Dari belog ni, penulis dapat banyak respon, biasanya melalui email. Ada yang tanya pasal mass damper, KLCC dan Proton Alza. Yang mintak tolong pilihkan kereta mana yang patut dia beli pun ada... Macamlah penulis ni expert sangat bab² engineering ni kan? Tapi penulis tetap jawab setakat mana yang penulis tahu.
Kalau soalan macam ni memang taaak ah gua nak jawab! Hahaha
Dan yang paling sayang sekali adalah belog ni pun dah banyak kali
dapat earning dari nuffnang. Walaupun kali terakhir penulis update blog ni pada bulan Disember tahun lepas, masih ada pengunjung yang datang sehingga minggu ni. Maybe banyak keyword kat dalam blog ni yang selalu dicari kat google.
Namun penulis dah nekad nak tutup belog tersebut. Ini kerana penulis dah tak larat nak jaga banyak² belog. Kalau boleh nak tumpukan pada
belog light|shadow ni je dulu. Okaylah, nak layan Maharaja Lawak kejap. Kalau ada citer menarik, penulis kongsi lagi ya!