Petang tadi, dengan menaiki kereta 'Nissan Skyline' milik saudara Dasuqi, penulis, Eddy, Nik & Acap keluar dengan menggalas misi untuk membeli sampul surat bersaiz muat² kertas A4. Rancangan awal, destinasi hanyalah ke Bandar Diraja Pekan tapi rupanya dalam diam² rancangan dah ditukar. Penulis memang tak tau yang diorang sebenarnya ubah plan ke Kuantan. Nasib baik penulis tak pakai short, kalau tak memang ada la yang berbuka awal. Nakal betul budak² ni....
Kitorang gerak pun dah pukul 5 lebih, jadi sampai bazar kat depan
Padang MPK tu dalam pukul 6. Yes, akhirnya tercapai gak hasrat nak berbuka kat Padang MPK tahun ni...huhuhu.
Lan, Hajar, Akir, Fie ngan Poji pon ada skali...
Ramai plak yang datang menumpang kasih kat tikar Hajar, ngeeee
Lepas solat, kitorang gerak pegi Giant. Cari punya cari, takde la pulak sampul surat yang sesuai.... Terpaksa la pegi Mydin plak. Dah setel urusan jual beli sampul surat kat Mydin, kitorang singgah kat Megamall ngan kedai² depan Terminal kejap. Sebenarnya takde apa sangat aktiviti kali ni, biasalah perjalanan yang tak dirancang....hehehe.
Gambar feveret arini...hehehe
Boleh pening round tempat ni, kedai banyak
tapi semuanya jual benda lebih kurang sama...
Budak 2 orang ni je yang makan. Penulis merajuk sebab
roti pisang takde. Mengidam roti pisang la plak time² puasa ni.....
1 comment:
btollaaa..xde jod..oh oh oh...;)hmm..nak roti pisang??? i pon ngidam roti pisang gak ni....roti pisang taj dpn rahmat terbaek!!!!
Post a Comment