Pada tarikh
21 & 22 Ogos penulis telah menghadirkan diri ke
kursus kahwin. Ya, mata korang tak silap, skill membaca korang pon belum expired lagi. Memang betul weekend baru² ni penulis pergi kursus kahwin. Tapi kalau korang dapat berita yang penulis dah nak kahwin time raya nanti, tolong siasat betul² sebab ianya AGAK mustahil....hehehe.
Sebenarnya penulis pun tak terfikir nak amek kursus ni awal² tapi ade la satu hari tu Nik datang bilik & ajak penulis join. Suki, Acap, Eddy ngan Hafez pon ada skali. Dengar citer kalau join kursus yang U anjur ni murah sikit, lagipun pegi ngan member² takde la bosan sangat time ceramah tu....ye tak?
Kursus ni biasalah, penuh ngan ceramah. Kalau tak silap penulis dalam 2 hari tu, ade 8 slot & semuanya ceramah. Mata tahan mengantuk takyah cakaplah, dari kul 8 pagi sampai kul 5 tu! Tapi yang bestnyer
penceramah² memang sporting & banyak buat lawak. Pengalaman penulis masa Sekolah Sheikh Malek dulu pun, kalau ustaz/ustazah konpem kaki melawak. Bagus la jugak, kalau tak buat camtu mesti sumer yang ade dalam dewan tu dah bantai tido marathon. Hahaha.
Siap jadi mc lagi tu...hahaha. Apsal la, nama aku je yang selalu kena panggil?
Imam BESOR sedang beri ceramah
"antara susu & sport rim"
Aktiviti masa lapang
Oh ye, kursus ni kat Gambang tau. So sempat la hari sabtu tu
round² bazar kat UMP Gambang. Dalam hati ada
taman jugak perasaan jeles ngan student kat Gambang ni. Mana taknyer kalau kat Pekan, nak jumpa satu bazar mau burn duit minyak 5hinggit. Tapi kat Gambang ni bazar depan pintu je, makin besar plak tu dari tahun lepas. *sigh.
1st day kitorang berbuka kat
Cafe KK1. 2nd day nya plak kitorang plan nak berbuka kat
Padang MPK. Plan punya la baik, ramai jugak la yang nak join. Akak aku ada, Ijud, Apai, Tapaq pun datang skali. Tapi bila sampai je kat bazar depan masjid tu, dongak atas, langit dah gelap. Suasana pon dah macam nak ribut. So terpaksa la beli ala kadar untuk alas perut. Hasrat nak berbuka kat padang pon terpaksa la disimpan ke hari lain.
Baik² je setel beli oblong ngan air tembikai, hujan pon trun. Boleh la jugak merasa mandi hujan time² puasa ni, adoi....Last² park depan ECM & berbuka lam kereta je sambil² keringkan baju.
Lepas solat sempat gak shopping sket kat ECM. Pastu baru la pergi makan kat
Bukit Sekilau. Malam tu memang syok sebab dah lama tak makan ramai² open table kan. Lenkali bleh la ajak lagi ramai, baru la meriah.
OK. Tu je kot. Sijil kursus kahwin maybe hari khamis ni siap. Aku tak kesah pon sebab lambat lagi kot aku nak kahwin...