Feb 8, 2010

Tooth Fairy (2010)

Semalam penulis pergi tengok wayang lagi skali tapi kali ni penulis pergi bertiga je, ngan Dasuki & Eddy. Budak lain sumer dah terbongkang atas katil hasil tak cukup tido akibat test² yang melanda. Kitorang bertiga ni plak nak releasekan tension & nak timbulkan 'feel' hari Ahad.

Kalau nak diikutkan semalam memang tak rasa macam hari Ahad sebab ada test Vibration kul 9.30-11.30am pastu sambung pulak ngan test Power Plant kul 4-6 petang. Memang berat rasa kepala otak ni. Nasib baik la semua tu dah lepas, huhuhuhu.


OK, berbalik pada citer Tooth Fairy....
Citer dia best, banyak la part² lawak & dalam movie ni penulis paling suka Pak Cik Jerry. Ayat dia time kenakan Derek memang tak leh blah.. Perangai dia pun memang gila².

Overall, rating citer ni penulis bagi 7/10. Sori, tak leh lawan Adnan Sempit beb!