Nasib baik la blog ni takde perasaan, kalau tak mesti beliau dah merajuk. Mana tak nyer birthday dah dekat seminggu baru penulis wish. Sebenarnyer penulis bukannya lupa tapi akhir² ni penulis memang sibuk pastu bila dah takde kerja, takde mood pulak nak mengarang kat blog ni. Tambah² pulak penulis dah dapat 'kerja' baru dari pak cik fesbuk. Macam² kerja penulis buat, tanam rose, jaga zoo n kadang² jadi bos kat game Ponzi...hahahaha.
Tapi walau macam mana pun, tanggungjawab pada blog ni penulis takkan abaikan. Penulis harapkan untuk tahun kedua dan seterusnya, penulis boleh berkongsi lebih banyak tentang hidup penulis kat ruang ni. Setakat entri ni ditulis, blog ni ada 75 followers. Memang la tak seramai followers Hanis Zalikha ataupun blog² gadis chantek yang lain tapi penulis ucapkan terima kasih banyak² kat korang² yang dah follow blog ni, yang tinggalkan komen dan pada sesiapa saja yang sudi jenguk² blog ni. Penulis memang hargai apa yang korang buat tu...
Sempena 1st birthday ni penulis ingat (penulis guna perkataan ingat sebab sekarang terasa amat malas & kena tunggu masa rajin baru boleh buat) Nak buat post untuk kumpul link² blog yang lain & bukak account nuffnang. Mana tahan tengok blogger lain dapat duit juta², penulis pun nak try jugak...huhuhu.
OK lah, dah nak tido. Esok balik rumah! && kepada korang semua, penulis nak ucapkan selamat bercuti. Kalau ada limau mandarin tu, bagi² la 2,3 kotak kat orang di sini.....
Tweet
No comments:
Post a Comment