Feb 24, 2010

Percy Jackson & The Olympians (2010)

Entri ni sepatutnya direleasekan 2 hari yang lepas tapi disebabkan tuan tanah mengalami culture shock akibat test CAE yang terlalu dekat dengan musim cuti, mood berholiday masih menebal dalam diri, tup² dah kena study untuk test...

Walaupun semalam ada test, hari Ahad lepas kitorang dah mulakan aktiviti budak umah. Aktiviti pertama lepas bukak cuti ni ialah tengok movie kat ECM. Kitorang tengok citer ni....

Percy Jackson & The Olympians - The Lightning Thief (2010)

Citer ni sangat best! Lebih kurang Harry Potter, citer adaptasi dari buku, director die pun orang yang sama. Tapi bagi penulis citer ni tak berapa serius, penulis lebih suka kalau cerita dia lebih serius.....baru la feel sikit....

Kenapa penulis cakap tak serius? Sebab watak Hades, 'dewa' yang kejam & kononnya sangat power. Tapi kejap jer kalah dah la cara dia kalah tu macam senang giler (betul kot Eddy cakap citer ni nak jimat masa). Satu lagi pasal lightning bolt tu... Kononnya senjata yang sangat powerful sampai boleh menggugat kuasa dewa². Tapi penulis tengok kuasa dia takde la hebat mana pun...

Overall penulis tetap bagi rating citer ni 8/10 sebab walaupun penulis mengantuk giler malam tu, penulis tak tertido dalam panggung tu (banyak gak part² yang lawak dalam citer ni, tu yang buat kan penulis tak tertido).


Ni sebelum masuk hall... Dah puas main mesin tisu, buat sesi bergambar ngan Dasuqi...

Ni plak time nak balik... Ada 2 makhluk tak berapa nak halus disitu...hahahaha

P/S: Tak sabar nak tengok sequal citer ni, The Sea of Monsters.....

No comments: