Feb 24, 2010

Aktiviti Cuti

OK. Kali ni nak story sikit pasal aktiviti sempena cuti raya cina baru² ni. Dalam masa cuti penulis yang seminggu tu banyak dihabiskan kat rumah aje...

Awal² ada gak plan nak ke Langkawi tapi terpaksa cancel sebab Adam kena demam cacar.... Apa²pun cuti kali ni tetap best sebab boleh layan anak buah penulis yang dua orang tu. Lagipun semua family penulis balik time cuti baru² ni...

Ni la Adam a.k.a Deq Deq. Walaupun demam, tetap aktif mengalahkan orang sihat. & yang paling best Deq Deq selalu buat kitorang satu keluarga gelak ngan kerenah dia. Bang Bang pun sama.....

So, aktiviti sepanjang cuti ni dekat² ngan area Dungun je....


14 Feb - Berkaraoke Di Mesra Mall

Ni rancangan Abang Gie, dia yang beriya-iya sangat ajak adik² pergi karoke. So apa lagi, orang dah nak belanja.....huhuhuhu....

Kitorang nyanyi sampai kering anak tekak, 2 jam beb! Anyway thanks banyak² Abang Gie! Lenkali kita karoke lagi yep! Hehehehe

Yang belanja: Abang Gie
Yang turut serta: Penulis, Kak Nisa & Kak Nur

16 Feb - Picnic Di Pantai Kemasik



Bawa khemah, bawa joran, bawa bekal makanan sebab kami nak picnic disini dari pagi sampai petang....


Dah penat berjemur, kitorang pergi melontar bowling kat Mesra Mall. Ya, Mesra Mall lagi....ni la satu²nya mall yang ada kat area Dungun ni (sadis bunyinya kan?)...


Siapa yang tak strike akan di'boo' oleh Deq Deq & Bang Bang...memang pressure! Hahaha


18 Feb - Picnic Di Teluk Bidara


Tempat ni memang cantik. Agak² 20 minit perjalanan dari rumah penulis. Kali ni hanya ada Ma, Bak, Kak Ida, Abang Azrul dan anak², Kak Jah ngan penulis je sebab yang lain semuanya dah pergi kerja/belajar...







Sebelum balik, kitorang sempat conquer playground kat situ...hehehehe


Gonna miss all of them sooooooooooo much!

Itu je la aktiviti penulis sepanjang cuti baru² ni... Korang camne? Tak kan duk rumah je kot...

P/S: Mak penulis cakap moyang penulis orang Cina. Owh, kalau macam tu penulis pun ada darah Cina?

5 comments:

syafawani said...

waaa...fun nye tgk..memanfaatkan cuti sebaik mungkin nih..hehe

ahmad hisyam said...

ari2 pegi pantai kot! hahaha

AFIQah said...

bapak melancong habis2an

ahmad hisyam said...

jalan2 tepi rumah je....
ombak jahat, so tak leh mandi....klo tak mesti lg best....

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.