Feb 26, 2010

Movies (Yang OK & Tak OK)

Time cuti² camni biasanya penulis lebih suka abeskan masa tengok movie. Kalau rajin (dan ada duit) bleh la pergi tengok kat panggung, tapi selalunya tengok movie kat bilik je sebab free, boleh dipause & rewind....

Kalau tengok citer hantu, penulis akan ajak budak² rumah tengok skali. Siap peluk bantal, tutup lampu sumer....memang feel....

Penulis ajak diorang tengok skali bukan sebab takut ke apa....cuma kalau dah ramai, boleh sembang² lagipun penulis memang suka tengok muka² diorang yang tengah cuak tu (ceh...stetmen tak nak kalah!) Wakakaka.....

Tengok movie ni selain boleh rilek², boleh gak tambah knowledge & tengok awek2 cun..hehehehe...
Okay, cukup². Mari kita tengok movie mana yang OK dan TAK OK....

Feb 24, 2010

Aktiviti Cuti

OK. Kali ni nak story sikit pasal aktiviti sempena cuti raya cina baru² ni. Dalam masa cuti penulis yang seminggu tu banyak dihabiskan kat rumah aje...

Awal² ada gak plan nak ke Langkawi tapi terpaksa cancel sebab Adam kena demam cacar.... Apa²pun cuti kali ni tetap best sebab boleh layan anak buah penulis yang dua orang tu. Lagipun semua family penulis balik time cuti baru² ni...

Ni la Adam a.k.a Deq Deq. Walaupun demam, tetap aktif mengalahkan orang sihat. & yang paling best Deq Deq selalu buat kitorang satu keluarga gelak ngan kerenah dia. Bang Bang pun sama.....

So, aktiviti sepanjang cuti ni dekat² ngan area Dungun je....

Percy Jackson & The Olympians (2010)

Entri ni sepatutnya direleasekan 2 hari yang lepas tapi disebabkan tuan tanah mengalami culture shock akibat test CAE yang terlalu dekat dengan musim cuti, mood berholiday masih menebal dalam diri, tup² dah kena study untuk test...

Walaupun semalam ada test, hari Ahad lepas kitorang dah mulakan aktiviti budak umah. Aktiviti pertama lepas bukak cuti ni ialah tengok movie kat ECM. Kitorang tengok citer ni....

Percy Jackson & The Olympians - The Lightning Thief (2010)

Citer ni sangat best! Lebih kurang Harry Potter, citer adaptasi dari buku, director die pun orang yang sama. Tapi bagi penulis citer ni tak berapa serius, penulis lebih suka kalau cerita dia lebih serius.....baru la feel sikit....

Kenapa penulis cakap tak serius? Sebab watak Hades, 'dewa' yang kejam & kononnya sangat power. Tapi kejap jer kalah dah la cara dia kalah tu macam senang giler (betul kot Eddy cakap citer ni nak jimat masa). Satu lagi pasal lightning bolt tu... Kononnya senjata yang sangat powerful sampai boleh menggugat kuasa dewa². Tapi penulis tengok kuasa dia takde la hebat mana pun...

Overall penulis tetap bagi rating citer ni 8/10 sebab walaupun penulis mengantuk giler malam tu, penulis tak tertido dalam panggung tu (banyak gak part² yang lawak dalam citer ni, tu yang buat kan penulis tak tertido).


Ni sebelum masuk hall... Dah puas main mesin tisu, buat sesi bergambar ngan Dasuqi...

Ni plak time nak balik... Ada 2 makhluk tak berapa nak halus disitu...hahahaha

P/S: Tak sabar nak tengok sequal citer ni, The Sea of Monsters.....

Feb 12, 2010

Blogger Setahun Jagung

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar blog ni dah pon berusia setahun 7 hari. Birthday blog light|shadow ni penulis ambil sempena post entri yang pertama, pada 5 Feb 2009...

Nasib baik la blog ni takde perasaan, kalau tak mesti beliau dah merajuk. Mana tak nyer birthday dah dekat seminggu baru penulis wish. Sebenarnyer penulis bukannya lupa tapi akhir² ni penulis memang sibuk pastu bila dah takde kerja, takde mood pulak nak mengarang kat blog ni. Tambah² pulak penulis dah dapat 'kerja' baru dari pak cik fesbuk. Macam² kerja penulis buat, tanam rose, jaga zoo n kadang² jadi bos kat game Ponzi...hahahaha.

Tapi walau macam mana pun, tanggungjawab pada blog ni penulis takkan abaikan. Penulis harapkan untuk tahun kedua dan seterusnya, penulis boleh berkongsi lebih banyak tentang hidup penulis kat ruang ni. Setakat entri ni ditulis, blog ni ada 75 followers. Memang la tak seramai followers Hanis Zalikha ataupun blog² gadis chantek yang lain tapi penulis ucapkan terima kasih banyak² kat korang² yang dah follow blog ni, yang tinggalkan komen dan pada sesiapa saja yang sudi jenguk² blog ni. Penulis memang hargai apa yang korang buat tu...

Sempena 1st birthday ni penulis ingat (penulis guna perkataan ingat sebab sekarang terasa amat malas & kena tunggu masa rajin baru boleh buat) Nak buat post untuk kumpul link² blog yang lain & bukak account nuffnang. Mana tahan tengok blogger lain dapat duit juta², penulis pun nak try jugak...huhuhu.

OK lah, dah nak tido. Esok balik rumah! && kepada korang semua, penulis nak ucapkan selamat bercuti. Kalau ada limau mandarin tu, bagi² la 2,3 kotak kat orang di sini.....

Feb 8, 2010

Tooth Fairy (2010)

Semalam penulis pergi tengok wayang lagi skali tapi kali ni penulis pergi bertiga je, ngan Dasuki & Eddy. Budak lain sumer dah terbongkang atas katil hasil tak cukup tido akibat test² yang melanda. Kitorang bertiga ni plak nak releasekan tension & nak timbulkan 'feel' hari Ahad.

Kalau nak diikutkan semalam memang tak rasa macam hari Ahad sebab ada test Vibration kul 9.30-11.30am pastu sambung pulak ngan test Power Plant kul 4-6 petang. Memang berat rasa kepala otak ni. Nasib baik la semua tu dah lepas, huhuhuhu.


OK, berbalik pada citer Tooth Fairy....
Citer dia best, banyak la part² lawak & dalam movie ni penulis paling suka Pak Cik Jerry. Ayat dia time kenakan Derek memang tak leh blah.. Perangai dia pun memang gila².

Overall, rating citer ni penulis bagi 7/10. Sori, tak leh lawan Adnan Sempit beb!

Feb 6, 2010

Sempit

Semalam tengok Adnan Sempit kat ECM. Suki, Eddy, Acap ngan Hafeez pun join skali. Awal² agak kelam kabut sebab ingatkan ada friendly futsal malam tadi tapi last² cancel...

So, semalam kitorang gerak pun dah lewat...dalam kul 9.30. Sampai² je ECM terus pergi beli tiket wayang. Demi Adnan Sempit, penulis dah langgar etika tak nak tengok citer melayu kat wayang (untuk tahun ni)...hehehe...

Citer ni okay apa... Berbaloi la tengok. Memang lawak giler! Lagipun penulis memang suka tengok Shaheizy Sam ni berlakon. Nampak sempoi jek... Ayat pun nak poyo, "dimana ada kemahuan di situ ade highway". Memang tak leh blah! Hahaha

Tapi ade gak scene² & lawak² lucah. Pesanan penulis kat pembikin² filem Malaysia: Bab² lucah tak perlu la nak tiru Hollywood, banyak lagi benda boleh berguru ngan diorang. Belajar la CGI ke, stunt ke, ataupun apa² yang berfaedah sikit...

Apa²pun Adnan Sempit memang best, boleh la release tension sikit penangan test IE tadi. Sekarang penulis pulak terasa cam sempit je...mana tak yer esok ada 2 test! Test vibration ngan Power Plant pulak tu. Wish me luck keyh!

P/S: Gua pon nak chikaro cam Intan Ladyana tu boleh? Hohohoho