Jun 12, 2009

Satu Malam Di Rumah Abang Wan

Yup! Semalam penulis & budak² protokol eXpoconvo yang lain, Hafeez, Bob & Syukri pergi bermalam kat rumah Abang Wan. Kononnya untuk settle kan skrip perasmian eXpoconvo tapi bila sampai rumah Abang Wan tu, kami dah faham apa maksud tersiratnya...hehehe...


Bayangkan rumah tu ada 8 bilik. Kalau korang, sanggup ke nak tidur sorang²? Rumah Abang Wan ni kat Pekan, so sebelum sampai kat rumah tu Abang Wan bawa la kami round² seluruh Pekan tu. Tengok istana, garaj kereta Sultan Pahang (kereta² Cadillac dah tinggal jadi besi buruk je! Sayang²...), senang citer semua tempat yang menarik kat Pekan tu kitorang pergi. & yang bestnya, tiap² kali lalu tempat yang bersejarah Abang Wan akan citerkan kat kitorang. Waaa dah macam tourist guard pulak...

Pastu kitorang singgah kat gerai murtabak yang femes kat Pekan tu, nama kedai tu Murtabak Mengkasar kalau tak silap. Abang Wan belanja...

Dalam pukul 7 suku kitorang sampai la ke destinasi, rumah Abang Wan ni stail rumah orang Melayu dulu²... Kalau korang biasa tengok dalam iklan², lebih kurang camtu la rumah dia. Memang cantik & nyaman sangat².


Malam tu Abang Wan masak untuk kitorang, masakan dia besttttt. Banyak la citer² yang kitorang dapat kongsi, tengok² gambar lagi. Abang Wan ni mantan Presiden MPP UIA tau & dia dah banyak kali travel overseas, tu yang best kongsi citer ngan dia. Abang Wan ada jugak tunjuk gambar yang dia snap & ada 'benda' lain yang tumpang sekaki. Citer² hantu kat UMP pun banyak dia kongsi...hehehe. Nak tau? Rahsia²...

Oh ye... Skrip... Sempat la tengok dalam 10 minit. Walaupun tak lama, banyak jugak input yang dapat malam tu.

Lastly, nak ucap terima kasih banyak² kat Abang Wan sebab sudi ajak kitorang ke rumah & support 100%... (makan free, duit minyak free, semuanya free...hehehe)

2 comments:

atiqahtuty said...

aha murtabak mengkasar makasar?? ho3 penah msk jln2 cr mkn 2 tao

lighta shadowee said...

makasar ek....asal bukan mengasari dh le...
best kan kan? nk2 klo ade org blanje...hehehe