Jun 9, 2009

Physio

Yea... physio!! Ini la kerja yang penulis cakapkan tu. Korang jangan tak percaya pulak...hehehe. Padahal penulis pun terkejut jugak bila Encik Rais mintak penulis jadi physio untuk team bola sepak. Iskh3 dah la satu habuk pun penulis tak tahu apa, main belasah je la...


Penulis dah agak dah kena ikut bebudak bola pergi UiTM Seri Iskandar Perak ni, sebab time dekat UUM pun penulis jugak yang jadi physio.

Kitorang sampai di UiTM Perak dalam pukul 6 petang, selepas lebih 6 jam perjalanan dari UUM. Baru penulis tahu rupa-rupanya UiTM ni dekat je dengan UTP.

Kat sana penulis satu bilik dengan Pak Tam (lagi..), Din & Chip. Yang peliknya bilik kitorang ni dah jadi port bebudak lepak, main daun terup & tengok movie. Kira bilik berkumpul la, meeting pun buat dalam bilik kitorang jugak. Tapi best jugak, takde la bosan sangat kan....

Tournament di UiTM ni namanya MASUM Cup. First game UMP lawan UMT, walaupun kalah penalti selepas seri 1 sama, sebenarnya UMP dah control game tapi sayangnya nasib tak menyebelahi kami...

Esoknya kitorang pergi Ipoh Parade. Dekat sana kitorang pergi main bowling, tengok² kedai & makan dekat Merry Brown. Yang hairannya dekat situ tak ada KFC dengan McD. Food court pulak kebanyakannya apek je yang menjual. So nak tak nak terpaksalah pergi Merry Brown.

OK sambung balik pasal MASUM Cup. Disebabkan first game UMP kalah, kitorang masuk looser pool dan kena lawan UTM. Untuk game ni, permainan UMP agak suram. Kami kalah 1-2. Diorang ni lambat panas lah! Tapi penulis yakin, team ni boleh pergi lebih jauh. Coach dengan Encik Farid pun cakap macam tu.

Jadinya malam tu jugak kitorang bertolak  balik. Penulis berhenti dekat KL je sebab semua family penulis ada dekat rumah kakak penulis di Gombak.

Overall, trip ke Perak ni memang enjoy, better dari dekat UUM. Bebudak bola especiallly coach diorang memang gila² dan sempoi habis habaq hang! Nice to know u all.

Dan tak lupa jugak, penulis dah diberikan award best physio oleh diorang! Hehehe. Mana tak nya, tiap kali ada yang injured, penulis la yang first masuk padang buat² sibuk.

P/S: Hmm tahun depan rasa macam nak masuk team bola la pulak. Bajet hebat...haha.

No comments: