Jun 9, 2009

Karnival MASUM 09

Okay walaupun post ni sepatutnya ditulis lebih awal tapi disebabkan intenet baru dapat, sekarang baru boleh post cerita tentang MASUM. Dan kemungkinan juga beberapa post berikutnya pun agak ketinggalan dari segi latar masanya tapi tak kisah lah, penulis tetap nak tulis dekat sini.


Mari kita mulakan... Pada 12-23 Mei, penulis berada di UUM Sintok Kedah. Dalam pukul 11 malam, rombongan kitorang bertolak dari UMP. Penulis naik van dengan staf² Pusat Sukan. Nak sampai UUM ni ambil masa 12 jam! Agak azab la jugak duduk lama² dalam van tu...

Dekat sana, penulis dengan seorang lagi exco MSP (Majlis Sukan Pelajar), Acap ditugaskan sebagai urusetia. Banyak tau kerja yang kitorang kena buat antaranya buat jadual pergerakan bas, jadual perlawanan atlet, settle borang kediaman kontinjen & macam² lagi lah. Nasib baik ada Epul yang banyak tolong kitorang dekat sana. Tak ada la blur sangat sebab sebenarnya kitorang pun tak sure apa tugas specific yang patut kitorang buat.

Semua kontinjen UMP fasa 1 tinggal di Kolej Muamalat. 1 bilik ada 4 orang. Penulis duduk dengan Acap & 2 orang budak bola sepak, Pak Tam & Syafiq.

Kawasan UUM ni memang teramatlah besar, siap ada padang golf lagi. Padang diorang pun memang terbaik. Tapi yang kurang best adalah cuaca dekat sana sangat panas & kering walaupun waktu petang selalu je hujan. Sepanjang berada di UUM ni, penulis agak tension sikit tapi ada jugak yang bestnya.

Malam² penulis, Acap & Epul akan try keluar ke Changloon. Kitorang pergi C-Mart, makan² dekat kedai bawah jejantas & yang uniknya dekat Changloon ni, ada kedai bundle seringgit!

Penulis & acap bersama hasil tangkapan...hehehe

Menonton perlawanan yang melibatkan atlet UMP juga salah satu tugas kitorang. Antara sukan yang sempat penulis tengok ialah bola sepak, futsal, ragbi, badminton, bola baling & banyak lagi la. Tapi yang penting kebanyakannya UMP kalah. Alahai, takkan UMP menang sorak je kot? Teringat pulak time En Rais cakap dekat kitorang yang budak MSP yang sebabkan UMP kalah. Boleh pulak macam tu?

Namun untuk MASUM kali ni UMP berjaya merangkul 1 emas & 5 gangsa. Kesemua pingat ni disumbangkan oleh atlet silat & karate do. Tahniah kepada yang berjaya menaikkan nama UMP!

Dengan bebudak bola baling

Perlawanan ragbi antara UMP Sharks dengan UiTM Lions. Teruk jugak team UMP kena bantai...

Silat olahraga

Bersama team badminton UMP

Kapten futsal UM ni sweet sangat...*wink*

17 Mei berlangsungnya Majlis Perasmian MASUM. Best sebab boleh tengok bunga api, konsert & bergambar ramai². Memang letih (selepas melompat-lompat) tapi tetap enjoy sebab malam tu memang sangat happening!


Aris Ariwatan datang dekat kitorang...haha

Zahid dengan Mila pun ada...

19 Mei kitorang pergi shopping di Padang Besar. Barang murah² banyak kat sini. Jersi gred AA pun baru RM20 je. Penulis sempat beli seluar slack & 2 jersi je, terkilan pulak sebab tak sempat beli ikan bilis goreng kat sana. Nampak macam sedap je...wuuuu.

Dalam perjalanan ke Padang Besar

Then 23 Mei penulis sambung pulak tugas di UiTM Perak. Nak tahu tugas ap? Jeng jeng jeng... Tunggu post akan datang la penulis cerita.

P/S: Waktu di UUM tu penulis dapat jumpa member² satu PASUM dulu... Sede, Messi & Atif. Tapi tak sempat jumpa Anas sebab time gua sampai dekat dewan tu game dia dah habis. Maybe kita boleh jumpa next time!

No comments: