Jun 28, 2009

R.I.P. Jacko


Michael Jackson~The King of Pop~
1958-2009


Taman Tamadun Islam



Orang-Orang

Biasanya kita dapat tengok orang² ni banyak kat sawah padi. Tapi bukan kat sawah je ada orang², kat kebun penulis pun ada jugak.

Memandangkan buah rambutan dah nak masak, banyak la member² si Darwin datang menumpang makan. Jadi ayah penulis jemput la 2 orang fashion designer (penulis ngan kakak penulis, kak nisah) untuk buat orang² ni...

Korang tengok la hasil kerja kami...

Jun 16, 2009

Tag Bulan Mei #2

Adoyai... ini adalah tag berangkai *macam bom berangkai pun ada*

1st tag...

Copy award di bawah untuk diletakkan di blog anda



Tag Bulan Mei #1

Nak start buat tag yang berlambak dari Eddy...

Okay, here's the rule :
Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.

- THE AGE OF NEXT BIRTHDAY -

Jun 12, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)

Tadi dalam pukul 11.30 AM, penulis dapat mesej dari P-dus...


P-dus: Syam, aku ada kat ECM ni. Tengok wayang nak?
Penulis: Bila? Nak tengok citer pe? Boleh je...
P-dus: Aku baru sampai ni. Tak tau lagi. Mak aku nak wat treatment muka dia. Maybe lama. mu mari ah teman aku. Kekgi gi sembahyang Jumaat sama². Jauh dok dengan rumah mu?
Penulis: Boleh tahan la. Kalau nak siap² dulu sejam jugak la kot.
P-dus: Bodo...derah skit...ECM ni...Kekgi dok dang sembahyang. Jalan agak jammed tu.
Penulis: Mu la bengong! Lenkali kabo la awal². Takpe² mu duduk je kat ECM tu diam². Kekgi aku sampai ngan 2 orang gundik aku...*2 orang gundik= Ijud & Hafeez...hehehe*

So, penulis sampai kat ECM (East Coast Mall) pukul 12.45 PM. Terus ambil P-dus & sebelum pergi masjid sempat singgah kat Megamall dulu, untuk beli tiket. Sebenarnya besfren penulis yang sorang ni dah lama sebut² nak tengok citer Syurga Cinta. Tapi citer tu takde pulak tadi (memang dah tak tayang ke? Tolong jawab kalau ada sesiapa yang tau).

Habis tu, ternampak la poster Jangan Pandang Belakang Congkak ni. & semua setuju nak tengok citer tu (Aku tau la, korang bila dah nampak Lisa Surihani dalam poster tu terus on aje...). Lepas solat Jumaat, pergi makan KFC (P-dus je makan McD) baru la masuk panggung...

Satu Malam Di Rumah Abang Wan

Yup! Semalam penulis & budak² protokol eXpoconvo yang lain, Hafeez, Bob & Syukri pergi bermalam kat rumah Abang Wan. Kononnya untuk settle kan skrip perasmian eXpoconvo tapi bila sampai rumah Abang Wan tu, kami dah faham apa maksud tersiratnya...hehehe...


Jun 11, 2009

Selamat Hari Lahir...Mama


3 Jun 09 genaplah umur mama 56 tahun.

Sayang mama sangat²!!


Teluk Bidara


Jun 10, 2009

Terminator Salvation (2009)

Okay mula² nak citer kat korang camne penulis bleh tengok movie ni... Pagi tu penulis & kakak² penulis bangun awal² pagi sebab kitorang dah plan nak naik Genting Highlands.

So kitorang bertolak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi. Sampai Terminal Putra dah pukul 9 lebih. Tengok² bas yang nak pergi Genting tu dah gerak & bila kitorang tanya kat kaunter, next bus pukul 11 pulak...

Pastu kitorang naik lrt pergi KL Sentral & nampaknya nasib kitorang tak baik. Next bus yang nak ke Genting pukul 2pm!!! *sigh* Kalau nak tidur kat sana lainn la kan... Pastu kitorang patah balik ke Terminal Putra (lalu 13 station untuk kedua kalinya) & malangnya bila sampai kat sana bas yang ada paling awal pun pukul 12pm.

Lepas fikir masak², kitorang batalkan je hasrat nak pergi Genting...maybe next time. 2 orang kakak penulis tu cakap yang penulis ni macam dah tau² je tak dapat pergi genting haritu sebab penulis tak bawa sweater pun...hehehe. Yang korang siap pakai baju 2,3 lapis ditambah pulak ngan sweater buat apa? Padan muka!! Huahuahua...


Muka² frust tak boleh pergi Genting...hehehe

Last² kitorang naik kereta & pergi KLCC...buat apa? Tengok wayang laaaa. Tapi² penulis sorang je yang tengok Terminator Salvation, diorang tengok Night at the Museum 2.

Time tunggu nak masuk panggung tu abang penulis ada send mesej:

Abg G: Bro, buat apa?
Aku: kat klcc ni, igtkan nk pegi genting tp cancel. hmm nk tgk wyg n maen bowling kot.
Abg G: Tak pergi karaoke ke?
Aku: Nak karaoke pe nye..sore sume serak2 kahak!! hehehe
Abg G: Ala serak2 kahak la best! hehehe.

Mesej aku brenti kat situ je, sebab aku pun xtaw nk jwb pe n wayang pon dh nk start time tu....hehehe. tp yg pelik nyer sejak bile plak abg aku ni suke karaoke?? konpius2.....


dah2 pasal idop aku...b'blk kpd citer terminator salvation....
bg aku citer ni mmg best! aksi2 die mmg gempak n nampak real....
tp entah knape time kat dlm panggung tu mata aku asyik nk t'tutup je....ngantuk giler!! haish...aku x salah kat movie nie, maybe sbb bdn aku t'lalu penat kot...yela dlm 2minggu ni aku dh macam org nomad...dr kuatan ke kedah, perlis, perak sampai la ke kl.....

n aku start betol2 concentrate tgk movie ni bile Marcus Wright tunjuk badan die yg half manusia half robot tu....... mmg real sgt2, siap ade jantung b'degup2!!! bg aku, die la the true hero dlm citer ni..

aku syorkan korg pegi la tgk movie ni, mmg best...x rugi kot...

ni la part yg bwat aku t'jage smpai ending movie....

marcus wright..the true hero. tgk la kpale die...mcm real dow!!


rating: 8.5/10

P/S: target nk tengok terminator salvation dh tercapai, tp power kids belum lg.....hmm 1 lg movie yg aku nk tgk skang ni.....syurga cinta, jiwang??? ntah la, besfren aku si pdus tu yg duk ajak aku tgk...dgr2 citer die best so ape salahnye kan2??

Jalan-Jalan Cari Makan

Malam 29 Mei abang penulis ajak satu family pergi JJ Wangsa Maju.


Kat depan JJ ni ada air pancut. Jadi sementara tunggu makanan sampai, penulis bawak la anak buah tersayang, Adib & Adam kat situ. Budak² kalau dapat jumpa air pancut mestilah suka kan. Waktu air tu naik tinggi, Adam siap tepuk tangan & keluar perkataan waaa dari mulut dia..

Tak ada apa sangat nak story, anyway thanks to my bro sebab belanja malam tu & another happy moment with my family...



Jun 9, 2009

Congrats Sis!

Congrats to my sis, Nur Fadhlina Mohamad for her 2nd graduation. Kak Nur anak ke-5 dalam keluarga penulis. Sekarang ni dia mengajar di SK Palong 5, Nogori Sombilan sana... Yang kami attend ni adalah majlis graduation untuk kursus KPLI dia di Putrajaya.

Hope jadi the best cikguru in this world!

Lepas je keluar dewan kitorang round satu Putrajaya untuk bergambar. Area Putrajaya ni kan memang banyak tempat yang cantik². Ahli² kerabat yang lain pun tak nak kalah bergambar...hehe.



Physio

Yea... physio!! Ini la kerja yang penulis cakapkan tu. Korang jangan tak percaya pulak...hehehe. Padahal penulis pun terkejut jugak bila Encik Rais mintak penulis jadi physio untuk team bola sepak. Iskh3 dah la satu habuk pun penulis tak tahu apa, main belasah je la...


Penulis dah agak dah kena ikut bebudak bola pergi UiTM Seri Iskandar Perak ni, sebab time dekat UUM pun penulis jugak yang jadi physio.

Kitorang sampai di UiTM Perak dalam pukul 6 petang, selepas lebih 6 jam perjalanan dari UUM. Baru penulis tahu rupa-rupanya UiTM ni dekat je dengan UTP.

Kat sana penulis satu bilik dengan Pak Tam (lagi..), Din & Chip. Yang peliknya bilik kitorang ni dah jadi port bebudak lepak, main daun terup & tengok movie. Kira bilik berkumpul la, meeting pun buat dalam bilik kitorang jugak. Tapi best jugak, takde la bosan sangat kan....

Tournament di UiTM ni namanya MASUM Cup. First game UMP lawan UMT, walaupun kalah penalti selepas seri 1 sama, sebenarnya UMP dah control game tapi sayangnya nasib tak menyebelahi kami...

Esoknya kitorang pergi Ipoh Parade. Dekat sana kitorang pergi main bowling, tengok² kedai & makan dekat Merry Brown. Yang hairannya dekat situ tak ada KFC dengan McD. Food court pulak kebanyakannya apek je yang menjual. So nak tak nak terpaksalah pergi Merry Brown.

OK sambung balik pasal MASUM Cup. Disebabkan first game UMP kalah, kitorang masuk looser pool dan kena lawan UTM. Untuk game ni, permainan UMP agak suram. Kami kalah 1-2. Diorang ni lambat panas lah! Tapi penulis yakin, team ni boleh pergi lebih jauh. Coach dengan Encik Farid pun cakap macam tu.

Jadinya malam tu jugak kitorang bertolak  balik. Penulis berhenti dekat KL je sebab semua family penulis ada dekat rumah kakak penulis di Gombak.

Overall, trip ke Perak ni memang enjoy, better dari dekat UUM. Bebudak bola especiallly coach diorang memang gila² dan sempoi habis habaq hang! Nice to know u all.

Dan tak lupa jugak, penulis dah diberikan award best physio oleh diorang! Hehehe. Mana tak nya, tiap kali ada yang injured, penulis la yang first masuk padang buat² sibuk.

P/S: Hmm tahun depan rasa macam nak masuk team bola la pulak. Bajet hebat...haha.

Karnival MASUM 09

Okay walaupun post ni sepatutnya ditulis lebih awal tapi disebabkan intenet baru dapat, sekarang baru boleh post cerita tentang MASUM. Dan kemungkinan juga beberapa post berikutnya pun agak ketinggalan dari segi latar masanya tapi tak kisah lah, penulis tetap nak tulis dekat sini.


Mari kita mulakan... Pada 12-23 Mei, penulis berada di UUM Sintok Kedah. Dalam pukul 11 malam, rombongan kitorang bertolak dari UMP. Penulis naik van dengan staf² Pusat Sukan. Nak sampai UUM ni ambil masa 12 jam! Agak azab la jugak duduk lama² dalam van tu...

Dekat sana, penulis dengan seorang lagi exco MSP (Majlis Sukan Pelajar), Acap ditugaskan sebagai urusetia. Banyak tau kerja yang kitorang kena buat antaranya buat jadual pergerakan bas, jadual perlawanan atlet, settle borang kediaman kontinjen & macam² lagi lah. Nasib baik ada Epul yang banyak tolong kitorang dekat sana. Tak ada la blur sangat sebab sebenarnya kitorang pun tak sure apa tugas specific yang patut kitorang buat.

Semua kontinjen UMP fasa 1 tinggal di Kolej Muamalat. 1 bilik ada 4 orang. Penulis duduk dengan Acap & 2 orang budak bola sepak, Pak Tam & Syafiq.

Kawasan UUM ni memang teramatlah besar, siap ada padang golf lagi. Padang diorang pun memang terbaik. Tapi yang kurang best adalah cuaca dekat sana sangat panas & kering walaupun waktu petang selalu je hujan. Sepanjang berada di UUM ni, penulis agak tension sikit tapi ada jugak yang bestnya.

Malam² penulis, Acap & Epul akan try keluar ke Changloon. Kitorang pergi C-Mart, makan² dekat kedai bawah jejantas & yang uniknya dekat Changloon ni, ada kedai bundle seringgit!

Penulis & acap bersama hasil tangkapan...hehehe

Menonton perlawanan yang melibatkan atlet UMP juga salah satu tugas kitorang. Antara sukan yang sempat penulis tengok ialah bola sepak, futsal, ragbi, badminton, bola baling & banyak lagi la. Tapi yang penting kebanyakannya UMP kalah. Alahai, takkan UMP menang sorak je kot? Teringat pulak time En Rais cakap dekat kitorang yang budak MSP yang sebabkan UMP kalah. Boleh pulak macam tu?

Namun untuk MASUM kali ni UMP berjaya merangkul 1 emas & 5 gangsa. Kesemua pingat ni disumbangkan oleh atlet silat & karate do. Tahniah kepada yang berjaya menaikkan nama UMP!

Dengan bebudak bola baling

Perlawanan ragbi antara UMP Sharks dengan UiTM Lions. Teruk jugak team UMP kena bantai...

Silat olahraga

Bersama team badminton UMP

Kapten futsal UM ni sweet sangat...*wink*

17 Mei berlangsungnya Majlis Perasmian MASUM. Best sebab boleh tengok bunga api, konsert & bergambar ramai². Memang letih (selepas melompat-lompat) tapi tetap enjoy sebab malam tu memang sangat happening!


Aris Ariwatan datang dekat kitorang...haha

Zahid dengan Mila pun ada...

19 Mei kitorang pergi shopping di Padang Besar. Barang murah² banyak kat sini. Jersi gred AA pun baru RM20 je. Penulis sempat beli seluar slack & 2 jersi je, terkilan pulak sebab tak sempat beli ikan bilis goreng kat sana. Nampak macam sedap je...wuuuu.

Dalam perjalanan ke Padang Besar

Then 23 Mei penulis sambung pulak tugas di UiTM Perak. Nak tahu tugas ap? Jeng jeng jeng... Tunggu post akan datang la penulis cerita.

P/S: Waktu di UUM tu penulis dapat jumpa member² satu PASUM dulu... Sede, Messi & Atif. Tapi tak sempat jumpa Anas sebab time gua sampai dekat dewan tu game dia dah habis. Maybe kita boleh jumpa next time!

Jun 8, 2009

LYLA

Maybe band ni tak se-popular band² macam Dewa, SO7, Peterpan yang datangnya dari negara seberang tapi tak lama lagi korang pasti akan kenal dengan band LYLA ni.
Penulis start tahu wujudnya band ni time kakak penulis balik dari Bandung haritu. Dia ada belikan cd Lyla ni & dia cakap band ni tengah meletop dekat indon sekarang.

Tajuk album dia 'Yang Tak Terlupakan'. Antara lagu yang best bagi penulis ialah Jantung Hati, Mantan Kekasih, Detik Terakhir & Percayakan. Band ni terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Fare(guitaris), Dharma(keyboardis), Naga(vokalis), Amec(drumer), Dennis(bassis)




Korg try la download lagu Lyla ni yep!!