Nov 28, 2011

Gol Pertama Nazmi Faiz Untuk Malaysia & Insiden 6 Minit

Penulis yakin semua yang menyaksikan perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 semalam pasti kecewa bercampur hairan dengan kekalahan 2-3 skuad Harimau Muda kepada Bahrain.



Mendahului 2 gol dan bermain menentang 10 pemain, pasti kemenangan sudah terbayang diseluruh rakyat Malaysia. Namun sebaliknya berlaku. Lebih pahit apabila ianya berlaku hanya dalam masa 6 minit di babak akhir perlawanan. Memanglah orang kata bola itu bulat dan dalam bola sepak apa sahaja boleh terjadi.



Pujian harus diberikan kepada pemain paling muda dalam padang, Nazmi Faiz Mansor yang bermain dengan cukup cemerlang sepanjang perlawanan. Tahniah kepada beliau kerana berjaya menjaringkan gol pertama untuk Malaysia di peringkat antarabangsa. Gol yang sungguh cantik, guna kaki kiri pulak tu. Penulis rasa ketiadaan Nazmi Faiz antara punca utama midfield dan pertahanan Malaysia cukup mudah diratah pemain Bahrain.

Kalaulah Malaysia menang dalam perlawanan semalam, pasti nama Nazmi Faiz diangkat sebagai wira Malaysia. Tapi malangnya Malaysia kalah dan ramai peminat yang seakan-akan mahu melupakan sebentar cerita-cerita berkaitan bola sepak.

Apa-apapun kita sebagai rakyat Malaysia, perlu terus menyokong skuad negara. Janganlah masa menang puji melambung tapi bila dah kalah, macam-macam kutukan dilemparkan. Selepas ni ada 3 lagi baki perlawanan. Mari kita doakan mereka berjaya menebus kembali maruah Harimau Malaya yang dah tercalar.


1 comment:

sharul izam said...

takpo2x pasni jawab spm plak...hehe