Apr 26, 2011

Gathering Kecil-Kecilan

Hai kawan-kawaaan! Cerita penulis kali ni latar masanya adalah 3 hari lepas, hari sabtu & latar tempat pula majoritinya di Kuantan.

Sebenarnya dah lama bercadang nak turun Kuantan, hang out ngan geng gaban & buat apa yang kitorang selalu buat time menetap kat UMP dulu². So sangat eksaited bila dapat jumpa diorang balik. Walaupon sabtu lepas cuma dapat jumpa Eddy, Acap ngan Suki je tapi tetap puas hati sebab sangat banyak benda yang kitorang sembangkan...topik utama mestilah pasal tempat praktikal masing².

Mulanya penulis singgah di Kemaman, amik Acap kat rumah sewa dia. Kitorang sampai di Kuantan dalam kul 1, terus pegi ECM. Eddy dah tunggu kitorang kat sana. Sempat la jugak shopping 3 helai baju & isi perut kat KFC sebelum pergi tengok wayang. Hajat nak try chicken chop tapi tak jadi sebab kena tunggu 10 minit baru dapat. Lagipun time tu wayang dah nak start. So cancel chicken chop, order snack plate macam biasa.


Haritu kitorang tengok cerita Limitless. Cerita ni memang best. Maybe sebab penulis memang suka cerita² bergenre begini...cerita yang boleh buat kita berfikir & lain dari yang lain. Cuma jalan ceritanya agak susah untuk difahami, adalah beberapa part yang penulis sendiri tak dapat nak catch up. Oh tak tercapai akal ku... Penulis sangat suka dia punya intro, memang smart la. Tapi kalau tengok lama², boleh jadi pening...haha. Yang pastinya, kalau korang suka cerita Inception (2010), Fight Club (1999) ataupun Paycheck (2003), korang mesti sukakan cerita ni.


Okay. Lepas abis wayang kitorang gerak ke Megamall. Hajat nak main bowling skali dengan Suki....tapi disebabkan masalah teknikal, hajat tu tak kesampaian. Lagipun penulis malas nak bertekak ngan pengkid yang jaga bowling tu. Punyalah lama kitorang tunggu, taw² nama kitorang dalam waiting list tu dah kena potong. Mood melempar pon hilang secara automatik.

Mengasah skill menembak sementara tunggu giliran bowling...

Muka kecewa tak dapat main bowling?....hahaha

So plan B kitorang ialah karok kat KP. Tempat ni boleh kira tempat feveret kitorang la kalau nak karok sebab dia punya sound system OK & murah pulak tu...


Dalam kul 9 malam penulis pon bertolak balik. Kalau ikutkan hati memang nak lepak lama lagi ngan geng gaban, tapi nak buat camne hari ahad dah start keje. Kalau balik lewat, esoknya attendance konfem merah! Hahaha.

2 comments:

TINA said...

Assalamualaikum

bestnya pergi jalan2.

Ahmad Hisyam (Lighta Shadowee) said...

W/slm...

plg best bila dpt jln2 ngan member...

Thanks jln2 sini! hahaha