Okay lah. Malas nak meleret sangat sebab kondisi penulis sekarang sangat tidak stabil. Penat campur mengantuk macam baru teguk ubat batuk satu botol... Nak tau kenapa penulis penat sangat? (suara latar: nak! nak! cu citer! cu citer!)
Sebenarnya harini kakak penulis, Along ada buat family day dekat Pasir Raja atau lebih spesifik lagi di Bumbung Raja. Nak tau kenapa nama dia Bumbung Raja? (suara latar: nak! nak! cu citer! cu citer!) Haaa yang tu penulis tak tau. Kalau nak tau jugak korang buat la research sendiri tak pon jadikan tajuk final year project korang terus. Trehehehe....
Penulis pon tak ketinggalan untuk join skali family day ni. Ramai jugak la yang datang, kalau nak kira kereta, ada lah dalam 30 buah. First thing yang kitorang buat bila sampai di lokasi ialah housekeeping. Target utama ialah bersihkan tandas & surau. Banyak kemudahan yang dah disediakan kat sini sebenarnya tapi bila maintenance takde, banyak yang dah rosak & kotor.
Lepas dah selesai housekeeping, terus start acara sukaneka untuk kanak²...antara acaranya, sambut belon, isi air dalam botol & kail botol.
Geram gak tengok budak² ni main sukaneka, mana tak nyer gua champion kot time tadika dulu...siap wakil zon timur lagi tau! Okay, tipu semata-mata...
Untuk orang dewasa pulak ada acara boling buah kelapa & tarik tali.
Budak kecik ni memang cute saaangaaat! Mulut macam bertih jagung, tak berenti bercakap! Kakak cute belah kanan tu lah my Along...
Baiklah, tu je kot untuk malam ni. Mata dah tak dapat nak bukak ni, macam ada matahari plak kat skrin laptop nih! Adios! Nak sambung zzzZZZzzzz...
Tweet
No comments:
Post a Comment