Weekend baru² ni, satu lagi program budak² praktikal dah terlaksana. Lokasi program kali ni adalah sekitar KL & penulis bertindak sebagai tourist guide. Tujuan utama adalah mencari barang² untuk GlemerouShop. Taw tak apa tu GlemerouShop? Nanti² la penulis eksplen...
Ada 5 orang ahli rombongan semuanya, penulis, Aliff, Yana, Gee & Ida. Bas kitorang gerak dari Dungun kul 10 malam & sampai kat Hentian Putra dalam kul 4 pagi. Yup, EMPAT PAGI! Awal giler kot! Langit pun gelap lagi. hahaha...
Bila dah sampai awal² camni memang bosan la, tak tau nak buat apa. Lepas subuh baru la kitorang gerak ke KL Central & breakfast kat sana...
Kul 9 kitorang naik tren pegi Masjid Jamek. Ada 2,3 kedai je yang bukak, yang lain semuanya berbungkus lagi. So kitorang round² je la area Jalan TAR, survey² kedai.
Penulis ngan Aliff sempat gak merayau kat Dataran Merdeka tengok orang buat raptai perarakan Hari Tentera. Rasa janggal sangat sebab kat situ semua kebanyakannya tentera, ade 4,5 orang je kot orang biasa....tapi kitorang slumber je ke hulu ke hilir amik gambar kat situ...
Dalam kul 10 lebih baru la kerja² memborong barang rancak berjalan. & bermulalah tugas ke-2 penulis ngan Aliff iaitu sebagai penarik beg. Semua barang² yang dibeli main sumbat je dalam beg tu. Beg punyalah besar, tambah plak bawak kat tempat sesak macam kat Jalan TAR tu..ntah la brape kali gilis kaki orang, buat muka tak bersalah je lah... hahahaha...
Lepas urusan beli barang dah setel, kitorang pon pegi plak jalan² kat Mid Valley...nak sampai kat Mid ni punya la susah, berhimpit dalam komuter macam iklan milo! So terasa rugi la klo datang sini tak beli apa². Tiba la masanya untuk penulis ngan Aliff plak bershopping.
Sebelum balik, kitorang sempat gak jalan² kat The Mall. Hajat nak minum² tapi kedai semua dah tutup... Time tunggu bas, semua dah tak larat. Mana tak nyer, dekat 20 jam kot kitorang berjalan... huhuhu...
Walaupun penat, penulis rasa puas hati sebab rasa banyak benda dapat buat dalam satu hari.... Kalau ada masa terluang, nak lepak² dengan geng gaban pulak. Dah lama tak jumpa, rinduuuu....
P/S: Bad news, gua dah kehilangan satu²nya handset yang gua guna sejak gua lahir sampai la umur gua 23 tahun. Rasanya tercicir kat dalam bas...demmit btol la! Maybe dah jadi 'rezeki' orang lain la tu...
Tweet
1 comment:
yea2..baby syam nak beli hp baru..(^^)
Post a Comment