Mar 20, 2011

Bertunang

Sila bawak bertunang...eh eh silap. Sila bawak bertenang ye kawan², yang bertunang tu bukannya penulis tapi kakak kepada penulis. Kakak penulis ni namanya Nur Fadhlina, orangnya comel lote, kecik molek.hehe.


So sebelum bercerita lanjut, penulis nak ucapkan Selamat Bertunang kepada Kak Nur & abang-ipar-to-be, Abang Amin...moga² bahagia hingga ke jinjang pelamin & selamanya yer.



Pada hari kejadian, tugas penulis bermula sebaik sahaja selesai solat subuh. Mop lantai, susun kerusi, vacuum karpet & pelbagai tugas² khas yang lain dah berjaya disetelkan sebelum kul 10 pagi. Kerja² terganggu gak disebabkan hujan. Nasib baiklah hujan kejap je, lepas kul 8 tu langit dah cerah.

Rombongan pihak lelaki dah sampai!

Majlis start kul 11.30. Macam biasalah kot, ikut adat Melayu... Ada ucapan dari sebelah perempuan & lelaki, pastu sesi sarung cincin & sesi bergambar....


Lepas dah selesai bergambar & doa, barulah isi perut ramai². Bila majlis dah selesai, sambung balik sesi bergambar...




Sebelah petang plak kitorang sempat gak pegi photoshoot kejap kat tepi pantai...




Chantek tak? Chantek tak? Cepat cakap chantek!

Tak sabar nak tunggu tarikh 04/06/11 ni. Eksaited sangat, macam penulis plak yang nak kawin kan?...wakakaka.

P/S: Harini ade photographer tak bertauliah bawak kamera tapi dia lupa bawak memory card...lawak². Hahaha.

4 comments:

eyrah said...

haha..ingtkn dia yg brtunang td.. chantek2.. thumbs up1!!!

Jerung Gergasi said...

kakak mu hok mane ni syam? ade x lagi hok available untuk aku!???

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

eyrah --> thanks!

Ahmad Hisyam (Tuan Direktor) said...

Jerung Gergasi --> kakak ak hok no5. ade 3 org lg hok available tp bukan utk mu! hahaha