Pertama sekali, jawapan untuk soalan di atas adalah BETUL. Memang air panas lebih cepat beku berbanding air sejuk. Penulis pon dah try buat eksperimen kat rumah. Kalau tak percaya, korang boleh try sendiri guna peti ais korang. Tapi kenapa & bagaimana kejadian ni berlaku?
Fenomena ni dinamakan Mpemba effect. Ia adalah sempena nama seorang pelajar dari Tanzania, Erasto Mpemba yang membuat penemuan tersebut pada tahun 1963. Mpemba menyedari kejadian itu ketika dia membuat aiskrim semasa kelas memasak. Waktu tu beliau baru di tingkatan 3. Selain Mpemba, beberapa saintis terdahulu seperti Aristotle, Francis Bacon & René Descartes juga bersependapat bahawa air panas lebih cepat membeku.
Disini penulis cuma senaraikan 2 sebab utama kejadian ni berlaku...
1. Jumlah buih-buih gas
Air panas (100° C) mempunyai jumlah buih-buih gas yang lebih sedikit berbanding air sejuk (<25°). Buih-buih gas ini akan menjadi gas terlarut apabila air menyejuk. Ketika air dipanaskan, gas² terlarut mungkin telah dibawa keluar. Di dalam air sejuk, kristal ais menggunakan buih-buih gas sebagai starting points (nucleation points) untuk pembentukan. Tetapi bagi air panas, buih-buih gas sangat sedikit atau tidak wujud. Oleh itu, tidak banyak starting points untuk pembentukan kristal ais. Gas² terlarut juga menurunkan takat beku. Maka air panas yang mengandungi sedikit sahaja gas terlarut akan membeku terlebih dahulu.
2. Air panas tersejat lebih cepat berbanding air sejuk
Proses penyejatan merupakan antara punca fonemena ini berlaku. Air panas akan tersejat lebih cepat maka kuantiti air yang tinggal untuk membeku akan berkurang. Maka dengan kuantiti air yang lebih sedikit, ia akan membeku dengan lebih cepat. Tweet
No comments:
Post a Comment