Feb 28, 2011

Meh Blajo Bahase Tranung (Siri 2)

Wah! dah 2 minggu tak update blog ni.... Sebenarnya banyak yang nak tulis tapi bila mengadap je laptop, mood nak buat new post terus hilang. So kali ni paksa jugak taip sikit² kat blog ni. Dalam 2 minggu lepas penulis dah post siri yang pertama untuk segmen Meh Blajo Bahase Tranung. So kali ni, siri ke-2 plak...

Untuk siri yang ke-2 ni, penulis bagi lagi beberapa perkataan baru yang selalu orang Terengganu pakai.

Abih te = Sekuat tenaga/Semaksimum mungkin
Beradong = Beriya-iya
Bettak = Lambat/Lambat pikap
Bijjok = Memandai-mandai
Buoh Smete = Buah manggis
Cakduh = Gopoh
Cong = Bodek
Congek = Wheelie
Duk nyenggeng = Berbaring mengiring
Gelekek = Ketawa
Gelenyar = Gatal miang
Ggendong = Membonceng motosikal, basikal
Jereba = Menerpa/Dive
Kattang = Berotot/Tubuh sasa
Khussah = Comot
Koho = Semakin/perlahan (ada 2 maksud)
Koho-koho = Beransur-ansur
Lebbong/Nawwok/Plawok = Tipu
Liyut = Lemau
Mussang = Bengis
Nyor = Kelapa
Rhabok = Koyak
Rhok = Semak
Tembor = Lari
Timun cina = Tembikai
Tubek = Keluar


Untuk siri yang akan datang, penulis akan ajar Bahase Tranung dengan lebih detail...

Feb 18, 2011

BBQ & BerBEKU

Cuti baru² ni penulis dengan semua member praktikal pergi berkelah dekat Hutan Lipur Chemerong. Sejak start praktikal sampailah sekarang, tiap² minggu mesti ada je program yang kitorang buat. Dan kali ni yang paling grand kot. Stakat ni la...sebab lepas ni ada lagi plan nak pergi pulau la, nak pergi Gambang Waterpark la, tapi masih dalam perancangan...


Sebelum terlupa, nak ucap terima kasih kat Aliff yang sudi sponsor BBQ untuk kitorang & juga Yana, the mastermind... Ni la first time semua budak praktikal join sekali, kalau sebelum² ni mesti ada je yang tak boleh nak join. So ahli rombongan semua ada 12 orang, tambah sorang budak training Petronas, member Yana...

Feb 11, 2011

Betulkah Air Panas Lebih Cepat Beku Berbanding Air Sejuk?

Betul ke? Baiklah, sebelum ni pernah tengok satu rancangan kat Discovery Channel pasal benda ni. Tapi tak puas hati sebab kalau fikir secara logik, memang mustahil la kan air panas lagi cepat beku. So tadi ada search sikit² kat internet & meh la penulis kongsikan ngan korang apa yang penulis dapat...



Pertama sekali, jawapan untuk soalan di atas adalah BETUL. Memang air panas lebih cepat beku berbanding air sejuk. Penulis pon dah try buat eksperimen kat rumah. Kalau tak percaya, korang boleh try sendiri guna peti ais korang. Tapi kenapa & bagaimana kejadian ni berlaku?

Feb 3, 2011

Meh Blajo Bahase Tranung (Siri 1)

NaNaNaNaNang Tranung kiter....berak nannang! (Sila sebut "BErak" tu macam korang sebut "BErat" just tukar "t" kepada "k" yer. Klo tak lain plak maksud die..heheheh). Ok, mood sangat happy harini sebab harini kan cuti....hehehe.

Jadi kali ni penulis nak kongsi ngan semua pembaca blog ni beberapa perkataan yang biasa orang Terengganu pakai tapi rare bagi orang luar. Bukan ape, ni sebagai langkah awal kalau² dalam entri akan datang, penulis tertaip perkataan² unik Terengganu , tak perlu lah penulis nak eksplen banyak kali...

Tarik nafas & baca betul² yer, kalau tak faham silalah tanya....

Babei = Degil
Bahang/Katok = Pukul/Ketuk
Bak = Ayah
Bata Golek = Bantal Peluk
Bdo'oh = Lebih-lebih
Bekeng = Garang/Bengis
Berahi = Suka
Bojjeng = Menyikat rambut
Bolloq = Serabut
Boyak/Kabbor = Bagitau
Bluahh = Comot
Cakna = Prihatin/Ambil perhatian
Cekik = Cubit
Cokeh = Cungkil
Cokkeng/Dhokkek = Terpacak
Dang = Sempat
Dek pong = Sebabnya/Dah tu
Dinung = Kat sana
Dok dhek = Takde lah
Dok Rok = Tak rock/Tak bermaya
Dudok cacang = Berdiri
Ennjaa = Terajang/Sepak
Gatih/Gohek = Kayuh (guna untuk basikal je, untuk sampan tak bleh)
Ghagaa = Meraba
Gi selalu = Pergi sekarang
Goggeh = Bergoyang
Gong = Sombong
Guaner gamok = Apa khabar
Gustang = Undur
Igak = Tangkap
Jabir/Supek/Plastik ghok-ghak = Beg Plastik
Jenuh = Puas
Jo'ong = Mendung/Redup
Kehek = Ludah
Kerek = Acap kali
Khellong/Plekong = Baling
Komang spanar = Tidak berwibawa
Kuppik = Kedekut
Lembek = Tilam
Meppeh = Tak larat
Nembok = Penuh (Lebih muatan)
Netting - Melantun
Nganjing = Perli/Ejek
Nye-nyeh = Mengada-ngada
Nyekkik = Menyampah
Pah ceroh - Sampai ke cerah/Terlalu lama
Pulah - Pusing
Se'eh = Terlalu kenyang
Tohok = Buang

Kalau korang ada member orang T'ganu, bleh la cuba try test (amek ko, 3 skali gus...orang Tranung memang selalu cakap camni..) guna perkataan ni ngan diorang...