Jan 30, 2010

Nak Pergi Karaoke Pun Kena Tahan Polis... Apa Kes? Mari Sama² Kita Bongkar...

Nak pergi karoke pun kena tahan polis... Apa kes? Mari sama² kita bongkar... ambik ko, tajuk panjang berjela. Bukan apa, bukan ke tulis tajuk entri panjang² ni dah jadi trend terbaru blogger sekarang. Jadi penulis tak nak la dianggap tak aptudeit...

Kisahnya bermula begini...
Semalam, lepas je solat Isyak keluarlah 4 orang jejaka (Penulis, Acap, Eddy & Hafeez) menuju ke Bukit Gambang Resort dengan niat suci nak berkaroke. Nak dijadikan cerita, masa on-the-way ke sana, roadblock yang dihiasi kon² dan baju² pembalik cahaya dah menanti kunjungan kitorang. Awal² penulis ingatkan polis tu tahan budak² motor je, jadi penulis tak berhenti la...

Tiba² ada pulak sorang mamat kerek tu buat sibuk. Dengan nada bajet² nak buat penulis gabra, dia pun suruh penulis parking kat tepi & mintak IC budak² ni semua. Pastu apa lagi, masuk balai la kitorang! Eksaited jugak first time jejak kaki dalam Balai Polis Gambang ni....hehehe

Awal² ada la rasa cuak, tapi bila dah tengok ramai gak budak UMP kat dalam tu, penulis pun dah rasa selamat. Rupa²nyea semua budak² muda yang lalu jalan tu polis akan tahan. Penulis suspek ada kes dadah kat Gambang ni kot, tu yang semangat benar diorang buat roadblock tu. Lagipun ada gak yang kena buat urine test. Tapi kitorang tak perlu buat...nak tau kenapa?

Mesti la sebab kita bawak Eddy! Hahaha. Mak cik rambut merah yang jaga kaunter tu cakap Eddy tu konfem tak ambik dadah, sihat semacam aje... jadi kitorang pun terlepas laaaaa. Padahal dia tak tau Eddy bantai 1 kilo 1 hari! Hahaha....

Eddy tersenyum lebar... Abaikan budak kat sebelah tu yek!


Ni la peluang nak bergambar kat balai polis, bukan selalu...hehehehe

Lepas je roadblock tu kitorang pon teruskan perjalanan ke Bukit Gambang Resort & jumpa Akir, Fie ngan Muzahir kat sana. Sampai² je kitorang main pool dulu sementara tunggu bilik karok tu kosong.



Setting jari gua semalam macam shial! Saiz meja yang tak berapa nak sedap boleh dijadikan alasan kukuh kenapa gua tak dapat nak perform.


Gambar tak berapa jelas *nasib baik

Dalam pukul 11 camtu baru la kitorang start melalak. Sempat la 2 lagu sorang... Kalau ikutkan Akir, nak ambil 2 jam...alang² tunggu. Tapi dapat sejam je sebab dah ada orang lain tempah. Nyanyi dalam bilik ni memang la privacy sikit tapi penulis tengok sound system dia lebih kurang je ngan k-box kat luar. Tu yang tak puas hati tu....


Mas Idayu? Agak² la bai, dia yang tiru gua...gua yang original!

Bila tertekan dengar Fie melalak. Hahaha



Apa2pun outing semalam memang best. Duk gelakkan budak² ni time diorang tengah nyanyi. Konon nak karoke sangat tapi bila nak tarik, suara semua macam gampang! Hahahaha...

OK lah kalau ada kes baru, penulis akan update kat blog ni lagi.Ciao!

Mood Yang Hilang

-
-
-

argh internet lembab giler!
esok je lah aku update blog ni.....
main pes2010 lagi bagus....

-
-
-

Jan 29, 2010

Fesbuk



Penulis tengok sekarang budak², remaja² dan tak terkecuali jugak orang² tua bergelaran datuk nenek semuanya dah ada ekaun fesbuk. Dah jadi macam trend dah. Sesiapa yang takde fesbuk boleh dilabel jakun ataupun tak aptudeit (ini bukan penulis yang cakap tapi Mak Cik Sapiah jiran sebelah rumah penulis yang cakap).

Entah lah, yang penulis tau fesbuk bukanlah keperluan tetapi boleh dianggap penting bagi sesetengah individu sebabnya seluruh dunia pun tau apa itu fesbuk facebook. Kita boleh tengok ahli² politik pun dah banyak bukak fesbuk.

Bagi penulisu, guna fesbuk ni untuk cari balik member² lama dan jugak cari awek² kawan² baru. Fesbuk ni better dari Friendster, Tagged mahupun Myspace sebab ada game² yang memang korang akan addicted & boleh tag gambar plus kenakan member² dengan sebarkan gambar skandal diorang (ini pun penulis ambil statement dari Mak Cik Sapiah). Antara game rutin penulis sekarang adalah premier football & bowling buddies. Kepada yang rasa² terer, boleh la challenge penulis main benda alah ni...hehehe.

Tapi banyak² sangat application pon boleh bikin panas gak. Nak² yang bila kita allow je application tu, die terus sent notification kat member² yang lain. Annoying gila! Akhir kata gunalah fesbuk dengan sebaiknya dan kalau nak add penulis as friend, silakan... Penulis akan hantarkan ramalan daripada tok nujum poyo giler kat korang...hahahaha.

Disini penulis nak bagi korang sikit saguhati sebab datang keblog ni. Ikut je arahan ni, nanti korang akan dapat teddy bear. Cuba jangan tak cuba.....

- bukak facebook
- press 'up' 'up'
- press 'down' down'
- press 'left' 'right' 'left' right'
- press 'B' 'A'
- press 'enter'
- right klik
- scroll up and down

*trick ni penulis copy paste dr blog member penulis...ko tak marah kan panjang?

P/S: Cita² nak buat entri bertajuk sikat. Aah kena tunggu rambut panjang sikit lagi.


Jan 28, 2010

Sia-Sia Je Aku Pergi. Undi

Seperti di universiti² lain, UMP pun ada pemilihan MPP. So harini penulis cuti separuh hari. Tapi dalam kul 9 pagi tadi dah bangun, mandi n siap² nak pergi kampus Pekan. Dah setel kejut Ijud, penulis try call Mael. Katanya nak gerak skali tapi batang hidung pun tak nampak! Penulis agak² la, ni mesti membuta lagi ni kes main dota malam tadi....

Penulis pun start kereta, singgah depan rumah Mael. Memang tepat sangkaan penulis, Mael masih terbongkang atas katil. Alarm berbunyi tapi sikit pun dia tak endah. Biasalah tu, nama pun tido mati. Bila Mael dah sedar, penulis ajukan soalan pada beliau. "Jijie mana? Dia nak pergi tak?" "Pagi² lagi dia dah pergi lab, buat PSM" Jawab Mael serta-merta tanda konfiden. Sementara tunggu budak tembos tu mandi, penulis layan lagu tangkap leleh kat dalam kereta (entah kenapa sekarang penulis suka sangat layan lagu² jiwang).

Selang 5 minit, terdengar bunyi bising datang dari bilik depan umah Mael. Rupa²nya Jijie pon still membuta. Ini pulak kes tengok Man United semalam. Nasib baik menang, berbaloi la jugak ko tak pergi buat lab tu Jijie...hahaha. Penulis pun dengan senang hati melemparkan kata² berunsur sindir-campur-maki pada Mael diatas ke'konfiden'an beliau menjawab soalan awal² tadi.

Jam dah pukul 10 suku. Mael dah siap ikat tali kasut. Zudeng pun ikut sekali katanya harini kena pegi kelas, ada quiz. Tak lupa jugak Ijud ngan Bish yang turut join sekaki. Sampai depan KK2, nampak kelibat 4 buah bas. Tapi satu pun tak tunjuk tanda² nak bergerak. Jadi kitorang decide pergi ke Pekan naik kereta. Kalau nak tunggu bas tu penuh mahu pukul 11 baru nak gerak!

Pukul 11 sikit kitorang sampai la kat Pekan. Ahli group penulis yang lain pun dah sampai. Misi kitorang datang ke Pekan harini untuk buat Hardness Test susulan Lab Metal Casting minggu lepas. Tapi nasib kitorang memang malang harini sebab PIC lab pulak takde. Jadi kitorang kena la buat hari lain.... Ijud, Bish ngan Zudeng pun menerima nasib yang lebih kurang sama. Kesimpulannya SIA-SIA JE AKU PERGI Pekan harini! Dengan beban 2 kilo kat kaki (sebab penulis pakai safety boot) memang sumpah penat beb! Bagi mengubat perasaan tak puas hati sebab dah bazirkan masa kira² 3 jam, sebelum balik kitorang pergi lepak kat cafe makan keropok ngan air jagung.

Sebelum sambung tido kat umah, kitorang tunaikan dulu tanggungjawab mengUNDI. Walau siapa pun yang menang, penulis harapkan mereka boleh realisasikan apa yang dijanjikan semasa berkempen dan bela nasib pelajar yang penulis rasa akhir² ni makin teraniaya. Jadi pemimpin ni memang susah tapi korang boleh cuba buat yang terbaik kan?

OK lah nak sambung baca thesis PSM pulak! Adeh

P/S: Oh. Tadi sebelum mengundi ada eksiden berlaku betul² depan Lab FKM. Harap² student tu tak apa² & cepat sembuh. Amiin.

Jan 27, 2010

Ni Dah Melampau!

Baru je tadi penulis sempat belek² blog yang baru diupdate. Dan penulis tertarik dengan satu tajuk entri dari blog Bersama Mazidul, tajuknya berbunyi begini Budak Hingusan Hina Nabi. (Kalau nak baca entri penuh, korang bolehlah klik kat tajuk tu)

Kalau sebelum ni ada satu entri pasal individu yang menghina sultan, kali ni lebih teruk lagi apabila ada pulak sialan yang berani menghina Nabi Muhammad SAW. Bagi penulis, tindakan ni memang dah melampau! Memang tidak dinafikan 2 ekor sialan ini secara terang² telah menghina agama Islam, agama rasmi Malaysia, bumi yang mereka pijak sekarang! Baru budak sekolah dah buat perangai macam hanjing kurap!

Kat bawah ni lah comment yang 2 ekor sialan ni post kat dalam fesbuk. Korang nilaikan lah sendiri...

Jan 26, 2010

Done

Movie di bawah ni adalah antara movie yang dah penulis pindahkan dalam folder done. Maksudnya dikategorikan sebagai movie yang penulis dah tengok. Tapi bukan semua sebab kalau movie yang tak best, lepas je tengok penulis akan delete terus.





Dalam banyak², penulis paling suka citer Deja Vu pastu Jumanji pastu New Moon. Citer Astro Boy, Killer Bean Forever (part tembak menembak dalam citer ni memang gempaq!), Ghosts of Girlfriends Past ngan Planet 51 pun okay jugak. Histeria... Ni citer seram ke citer lawak? Sebab time tengok citer ni penulis banyak gelak dari takut kot. Nak² masa hantu tu terkam mangsa dia pastu darah pancut² macam pekerja majlis daerah tengah siram pokok bunga! Hahaha.

Jan 18, 2010

21 + 22 + 23

Entah la kenapa rasa sangat² malas nak update blog sejak 2, 3 menjak ni. Penat tunggu mood nak berblog tak datang². Tapi pagi tadi agak pelik...buka je mata, penulis terus tulis benda ni.

Kalau entri kali ni agak terabur, harap maaf sebab dalam otak duk pikir nak sambung tidur balik. Kelas lambat lagi, kalau dapat tido 1 trip lagi OK gak ni. Itu la yang duk terngiang-ngiang kat telinga penulis sekarang ni. Oh! Penulis rasa setakat tu je intro kali ni, sudah bantai 2 perenggan. Penulis tulis panjang² pun penulis sendiri gak yang baca.


Ekceli nak cerita pasal weekend baru² ni. Buat 2nd time penulis, Acap & Ijud pergi mandi skali lagi kat Gambang Waterpark. Dan yang best nyer Kak Nisa, Kak Ino, Kak Fizah & Kak Tira & 2 org lagi rumate kak nisa (alamak tak tau nama!) pun join sama.



Haritu, 16 Jan 2010 adalah birthday rumate penulis, Ijud & jugak birthday rumate Kakak penulis, Kak Ino. Sebab tu la kitorang decide nak sambut sekali kat sana.

Kali ni penulis tak banyak main water slide kalau nak dibandingkan dengan masa 1st time datang sebab dah tak larat nak panjat anak tangga. Banyak gak peristiwa² yang berlaku kat sana tapi penulis tak boleh la nak cerita kat sini. Kalau nak tau, datang la jumpa penu;is...hehehe.

OK lah, lastly penulis nak ucapkan hepi 22nd birthday to Muhammad Izzuddin Hilmi Bin Zainal Abidin (Ijud) & hepi 23rd birthday to Kak Ino! (Haish haritu tak wish kan? Apelah!).


Acap Genji, Hisyam Serizawa & Ijud Tokio (Acap, ko asyik spoilkan gambar Suzuran. Orang suruh buat muka-siyes, ko buat muka-comel)

P/S: Muka sunburn gilagilagilagila!

Jan 12, 2010

Photos of Langkawi

Location: Langkawi
Date Taken: 23-24 April 2007

Gambar 3 tahun lepas, masa penulis pergi holiday dengan 14 lagi member² PASUM yang lain...

The iconic Dataran Lang

Gunung Mat Cincang

Jan 9, 2010

ZzzZ Like A Baby

Tido lepas subuh tadi terus bawak sampai pukul 5 lebih tadi. Bangun gak kejap² tapi kalau ditambah-tambah harini penulis dah tidur lebih 10 jam! Hehehehe....

Tapi penulis bukan Raja Tidur, Acap lah orangnya. Sampai sekarang tak bangun² lagi. Memang dah parah budak ni. Agak² penulis, budak ni dah pengsan lebih 12 jam. Baby pun tak tidur macam ko lah Acap!

Jan 4, 2010

Cuci Mata

Kat bawah ni adalah antara movie yang penulis sempat tengok sejak beberapa minggu lepas...

Yang BEST:




Yang OK:



Yang BUAT-RUGI-JE-TENGOK:



Jan 3, 2010

Mandi Hujan

Semalam pergi Bukit Gambang Waterpark dengan budak² rumah, tambah ngan 2 orang member Bish jadi 10 orang semuanya. Memang best sebab pergi ngan member² yang gila² jugak.

Part paling best, time main ombak. Semalam ramai giler orang, sampaikan pantai buatan tu penuh ngan pelampung. Kitorang sampai dlm kul 11.30, balik sampai tempat tu tutup kul 6 petang. Kaki pon dah naik krem...hahaha.



P/S: Ramai giler budak hilang kat tempat tu. Yang hilang tu pulak asyik budak melayu jer... Kitorang pun sempat jumpa sorang, terus pergi hantar kat kaunter. Kakak kaunter tu cakap "Aih hilang lagi?"

Jan 1, 2010

Damn.

Baru 5 jam lepas kita dalam tahun 2009 tapi sekarang dah 2010. Rasa macam baru minggu lepas berlaku tsunami, baru kelmarin penulis daftar masuk UMP, baru semalam habis final exam. Sedar² dah tahun 2010. Dan yang paling tak best, dah kena start belajar balik! Dah la sem ni sampai 21 jam kredit. Gilo! Tambah² penulis terpaksa ambil 5 lab. Gilo lagi! Nampaknya hari² la kena pakai safety boot. Berat kaki oi!

P/S: 50 hinggit bukan sikit oi! Kitorang student, bukannya kerja cop duit! Nak cari duit pun biarlah bertempat!