Jan 18, 2010

21 + 22 + 23

Entah la kenapa rasa sangat² malas nak update blog sejak 2, 3 menjak ni. Penat tunggu mood nak berblog tak datang². Tapi pagi tadi agak pelik...buka je mata, penulis terus tulis benda ni.

Kalau entri kali ni agak terabur, harap maaf sebab dalam otak duk pikir nak sambung tidur balik. Kelas lambat lagi, kalau dapat tido 1 trip lagi OK gak ni. Itu la yang duk terngiang-ngiang kat telinga penulis sekarang ni. Oh! Penulis rasa setakat tu je intro kali ni, sudah bantai 2 perenggan. Penulis tulis panjang² pun penulis sendiri gak yang baca.


Ekceli nak cerita pasal weekend baru² ni. Buat 2nd time penulis, Acap & Ijud pergi mandi skali lagi kat Gambang Waterpark. Dan yang best nyer Kak Nisa, Kak Ino, Kak Fizah & Kak Tira & 2 org lagi rumate kak nisa (alamak tak tau nama!) pun join sama.



Haritu, 16 Jan 2010 adalah birthday rumate penulis, Ijud & jugak birthday rumate Kakak penulis, Kak Ino. Sebab tu la kitorang decide nak sambut sekali kat sana.

Kali ni penulis tak banyak main water slide kalau nak dibandingkan dengan masa 1st time datang sebab dah tak larat nak panjat anak tangga. Banyak gak peristiwa² yang berlaku kat sana tapi penulis tak boleh la nak cerita kat sini. Kalau nak tau, datang la jumpa penu;is...hehehe.

OK lah, lastly penulis nak ucapkan hepi 22nd birthday to Muhammad Izzuddin Hilmi Bin Zainal Abidin (Ijud) & hepi 23rd birthday to Kak Ino! (Haish haritu tak wish kan? Apelah!).


Acap Genji, Hisyam Serizawa & Ijud Tokio (Acap, ko asyik spoilkan gambar Suzuran. Orang suruh buat muka-siyes, ko buat muka-comel)

P/S: Muka sunburn gilagilagilagila!

1 comment:

kupukupumalam said...

eleh..xwish ke kak ino sbb malu laa tuh...yg dua lg tu namenyer kak fizah n kak tira..best2 g mandi mande ngan korg..part plg best tyme wat lumba haram kat tempat trowong2 ice tuh..hak3..lawak giler...;))