Penulis pun start kereta, singgah depan rumah Mael. Memang tepat sangkaan penulis, Mael masih terbongkang atas katil. Alarm berbunyi tapi sikit pun dia tak endah. Biasalah tu, nama pun tido mati. Bila Mael dah sedar, penulis ajukan soalan pada beliau. "Jijie mana? Dia nak pergi tak?" "Pagi² lagi dia dah pergi lab, buat PSM" Jawab Mael serta-merta tanda konfiden. Sementara tunggu budak tembos tu mandi, penulis layan lagu tangkap leleh kat dalam kereta (entah kenapa sekarang penulis suka sangat layan lagu² jiwang).
Selang 5 minit, terdengar bunyi bising datang dari bilik depan umah Mael. Rupa²nya Jijie pon still membuta. Ini pulak kes tengok Man United semalam. Nasib baik menang, berbaloi la jugak ko tak pergi buat lab tu Jijie...hahaha. Penulis pun dengan senang hati melemparkan kata² berunsur sindir-campur-maki pada Mael diatas ke'konfiden'an beliau menjawab soalan awal² tadi.
Jam dah pukul 10 suku. Mael dah siap ikat tali kasut. Zudeng pun ikut sekali katanya harini kena pegi kelas, ada quiz. Tak lupa jugak Ijud ngan Bish yang turut join sekaki. Sampai depan KK2, nampak kelibat 4 buah bas. Tapi satu pun tak tunjuk tanda² nak bergerak. Jadi kitorang decide pergi ke Pekan naik kereta. Kalau nak tunggu bas tu penuh mahu pukul 11 baru nak gerak!
Pukul 11 sikit kitorang sampai la kat Pekan. Ahli group penulis yang lain pun dah sampai. Misi kitorang datang ke Pekan harini untuk buat Hardness Test susulan Lab Metal Casting minggu lepas. Tapi nasib kitorang memang malang harini sebab PIC lab pulak takde. Jadi kitorang kena la buat hari lain.... Ijud, Bish ngan Zudeng pun menerima nasib yang lebih kurang sama. Kesimpulannya SIA-SIA JE AKU PERGI Pekan harini! Dengan beban 2 kilo kat kaki (sebab penulis pakai safety boot) memang sumpah penat beb! Bagi mengubat perasaan tak puas hati sebab dah bazirkan masa kira² 3 jam, sebelum balik kitorang pergi lepak kat cafe makan keropok ngan air jagung.
Sebelum sambung tido kat umah, kitorang tunaikan dulu tanggungjawab mengUNDI. Walau siapa pun yang menang, penulis harapkan mereka boleh realisasikan apa yang dijanjikan semasa berkempen dan bela nasib pelajar yang penulis rasa akhir² ni makin teraniaya. Jadi pemimpin ni memang susah tapi korang boleh cuba buat yang terbaik kan?
OK lah nak sambung baca thesis PSM pulak! Adeh
P/S: Oh. Tadi sebelum mengundi ada eksiden berlaku betul² depan Lab FKM. Harap² student tu tak apa² & cepat sembuh. Amiin.
Tweet
No comments:
Post a Comment