Samalah jugak dengan lagenda gusti dunia, Hulk Hogan. Bila dah teruk kena bantai, tiba-tiba beliau dapat tonik luar biasa seakan baru lepas minum tongkat ali merabakkan baju bundle beliau dan membantaikan kembali pihak lawan dengan jayanya.
Penyokong Ultras bersorak gumbira
Situasi yang sama jugak pernah dialami oleh skuad negara 2 tahun lepas apabila kalah 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan tetapi mereka berjaya bangkit menewaskan lawan yang sama untuk bergelar juara bola sepak Asia Tenggara.
Persoalannya, mampukah pemain Harimau Malaya mengulangi skrip yang sama untuk edisi kali ni? Bagi penulis dengan barisan pemain yang ada, Malaysia sepatutnya ada kelebihan. Kalau dibandingkan dengan kejohanan lepas, senarai kesebelasan utama negara tidak jauh berbeza.
Posisi penjaga gol, tengah dan serangan masih mengekalkan pemain yang sama. Cuma perubahan berlaku pada posisi pertahanan apabila hanya Fadhli Shas, Mahalli dan Faizal Muhammad sahaja yang masih berada dalam pasukan untuk kejohanan kali ini. Jadi dengan pengalaman yang ada, persembahan mereka sepatutnya lebih matang.
Tetapi kalau dinilai kepada corak permainan Harimau Malaya dalam perlawanan semalam, masih banyak yang perlu diperbaiki. Paling mengecewakan apabila penulis langsung tak nampak dimana permainan agresif yang dicanang Datuk K Rajagobal selama ni.
Pemain Singapura dilihat sangat selesa menghantar bola dalam kawasan Malaysia kerana pemain kita lambat memberi tekanan kepada pihak lawan. Gol pertama dan ketiga menggambarkan betapa kritikalnya tahap man marking pemain pertahanan kita.
Bahagian serangan dan tengah pula seakan ketandusan idea. Mereka sepatutnya lebih rajin membuat larian bagi membuka ruang untuk menerima bola daripada rakan sepasukan. Beberapa kali penulis perasan yang Mahalli dan Aidil terpaksa memberi isyarat kepada pemain lain untuk datang menerima bola. Dalam bab ni, penulis puji Safee Sali yang sanggup turun ke bawah untuk membantu.
Apa-apapun, pemain Harimau Malaya harus mengambil kekalahan semalam sebagai pengajaran berguna dan pemain perlu mengurangkan daripada hilang bola dengan mudah, melakukan clearance liar dan kesilapan individu yang boleh membawa padah. Namun prestasi yang dipamerkan oleh Norshahrul dan Mahalli dalam perlawanan semalam memang terbaik, malangnya dalam bola sepak semua pemain mesti memainkan peranan masing².
Mungkin video di bawah boleh memberi sedikit inspirasi buat skuad negara...
Kepada pemain Harimau Malaya... Lampu liplap korang dah menyala, jadi apalagi! Kite fire! Kite fire!
Tweet