Oct 31, 2012

5 Situasi Janggal Yang Sering Berlaku

Malang tak berbau. Gua selalu tulis perkataan malang dekat stokin gua dengan marker pen. Jadi masa sesi memakai stokin berjemaah sebelum main futsal, gua dah tak perlu susah payah nak fikirkan alasan. Kalau ada ahli jemaah yang komplen ada bau yang tak menyenangkan, gua terus tunjuk tulisan yang terpampang di stokin gua. Setel.

Okay, cukup. Kita kembali ke tajuk utama. Sebenarnya apa yang gua nak sampaikan ialah kadang² apa yang kita buat akan menyebabkan berlakunya perkara yang langsung kita tak expect. Biasanya ia akan membawa kita kepada situasi janggal dan memalukan. Gua bagi beberapa contoh & cara tipikal untuk menghadapi situasi tersebut...

Situasi 1: Dalam bilik darjah yang aman. Sedang asyik korang me-wheelie kerusi, tiba² bunyi pelik muncul daripada gesekan kaki kerusi tu. Persis bunyi kentut Usop Wilcha. Apa lagi, korang pun bertungkus lumus lah menggesek kaki kerusi tersebut untuk cipta bunyi yang sama dengan bunyi yang pertama tadi sebagai bukti ia bukanlah bunyi kentut korang. Berpeluh beb!

Walawei... Terer gila boleh congek cenggini. Kalau Son Goku tengok ni konfem menangis.

Situasi 2: Korang baru tiba di traffic light merah. Time tu jugak lagu rock kegemaran korang diputarkan di radio. Sedang seronok ber-headbanging, tak semena-mena tangan korang tertekan hon. Semua mata tertumpu kearah korang seolah-olah korang dah buat dosa besar. Mamat bangla naik basikal pun tak lepaskan peluang memberi pandangan sinis. Dengan lemah lembut korang perlahankan volume radio sambil dalam hati menjerit - Cepatlah hijau!

Gua lebih sanggup disaman.

Situasi 3: Dalam panggung wayang. Korang sedang menonton filem Ombak Rindu. Tambah istimewa, yang duduk disebelah korang adalah adik, kakak, mak, bapak dan nenek korang sendiri. Kiranya satu row tu, keluarga korang yang conquer. Tiba² adegan panas Aaron Aziz dengan Maya Karin atas katil terpampang di skrin besar gedabak tu. Serta merta korang akan terasa nak telan air liur tapi terpaksa tahan sebab bimbang orang sebelah perasan. Langkah alternatif ialah cepat² capai air ataupun popcorn berdekatan dan berlakon macam korang tak berminat dengan scene tersebut. Hehe.

Tapi kalau Ombak Rindu versi Jozan, nak gelak guling-guling macam tenggiling pun takde hal. Haha.

Situasi 4: Rakan korang berjaya mendapat strike dalam game bowling. Korang bersorak gembira dan menerpa kearah beliau sambil mengangkat tangan meminta high five. Namun rakan korang tu buat tak tahu je sambil tersenyum. Korang tertunduk malu kerana kejadian tersebut jelas diperhatikan oleh aweks-aweks di lane sebelah.

Sedih!

Situasi 5: Tanpa disangka, Bos korang baik hati nak belanja makan di restoran 5 bintang. Rakan² sepejabat yang lain pun ada sama. Bila dah selesai makan, korang perasan ada cili di celah gigi Bos mithali korang tu. Beliau yang rancak berborak membuatkan cili tu bagai melambai-lambai. Rakan² yang lain pun turut perasan. Tapi masing² cuma mampu pandang satu sama lain. Apa boleh buat, nak tegur serba salah...ye tak?

Gua dah pernah alami Situasi 1, 2 dan 3. Situasi 4 dan 5 belum lagi. Mintak dijauhkan! 

8 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

hahha kelakar mmg penah pun alami macam tu :P

zaty said...

hehe penah alami one of those..

Hafiz Hafizol said...

pernah pernah.. ak dh tgk ombak rindu versi Jozan tu.. Sumpah lawak.. hahaha

ahmadhiSyam said...

@Einaz Shah Rizal Thomas

awal2 macam nak tutup muka dgn baldi sbb malu tp bila flashback balik, rasa lawak la pulak..haha

ahmadhiSyam said...

@comeliness_zaty

mesti yg situasi 1 tu kan? cepat mengaku!

ahmadhiSyam said...

@hafiz hafizol

kalau lawak jozan, tgk banyak kali pn konfem gelak.. haha

laskar pelangi said...

situasi kedua tu pernah kot terjadi. rasa macam nak sorok kepala je bawah stereng. hahaha

ahmadhiSyam said...

@laskar pelangi

hahaha. kalau syam, memang tak pandang kiri kanan la. buat muka serius, mata tgk traffic light. haha.