Dec 3, 2011

Disebalik Nazmi Faiz & Gol Terbaik Dunia

Lepas je balik dari jogging pagi tadi penulis terus capai surat khabar. Macam biasa, mestilah baca ruangan sukan dulu. Adalah terbaca satu berita pasal gol Nazmi Faiz tersenarai sebagai antara gol terbaik dunia untuk minggu ni. Nak tengok gol cantik tu? Klik SINI.


Penulis pun try pulak bukak website 101 Great Goals. Setahu penulis, website ni dikendalikan oleh 2 orang pemain lagenda Brazil, Zico dan Ronaldinho. Entah betul ke tidak. Yang penting, gol yang Nazmi jaringkan masa lawan Bahrain tu berjaya mencuri tumpuan dunia bola sepak antarabangsa.


Dan mengikut hasil undian, gol jaringan Nazmi bakal dinobatkan yang terbaik minggu ini kerana dah jauh meninggalkan gol jaringan Kevin Prince Boateng dan pemain lain. Tapi kalau tengok kat ruangan komen, kemungkinan vote tu majoriti datangnya dari peminat Malaysia sendiri. Apa-apapun, tahniah diucapkan pada Nazmi Faiz kerana anda memberi harapan baru kepada peminat setia Harimau Malaya.

Disebalik Nazmi Faiz & gol terbaik dunia ni, penulis tertarik dengan komen yang ditinggalkan di website tersebut. Penulis tak pasti diorang ni individu yang sama atau lain, yang pasti nama yang tertera tu hanyalah nama samaran semata-mata. Korang jangan percaya pulak! Kat bawah ni penulis ada petik beberapa komen yang menarik...



4 comments:

Unknown said...

nazmi d best la...aslkn xjd mangse kontroversi mcm kfcm sudeyh..

amy syifa said...

gol tuh mmg cantik gila..excited mase tgk lwn bahrain hari tu.eh web tu betol ke? sbb tgk pengomen smue gile2 je..hahaha..kelakar

ahmadhiSyam said...

@Mira Adzlia

harap2 mcm tu lah..

ahmadhiSyam said...

@amy syifa

web tu dh betul, cuma org yg komen tu je yg tak brape betul...hahaha