Aug 29, 2011

Selamat Hari Raya & Hari Kemerdekaan Ke-54!

Assalamualaikum wbt. Disini penulis ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, khususnya pembaca blog light|shadow... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!



Sebagai rakyat Malaysia, tahun ni sangat istimewa sebab kita juga bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dalam bulan Syawal. Jadi jangan lupa kibarkan jalur gemilang. Barulah terserlah semangat merdeka & makin meriah suasana raya kita!

P/S: Ya Allah, ketemukanlah hambamu ini dengan Ramadhan yang akan datang. Amiin...

Aug 28, 2011

Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE

SEGMEN INI SUDAH DITUTUP!


Salam semua, penulis rasa eksaited sikit sebab ini first time penulis anjurkan segmen. Jadi korang mesti support dengan tanpa segan silu men-join-kan diri dalam segmen sulung Lighta Shadowee ni.

Tujuan utama segmen ni diadakan ialah untuk bagi peluang kepada semua blogger yang nak tarik pembaca baru datang ke blog masing-masing dan juga kepada mereka² yang nak ber-blogwalking dengan lebih efisien.

Disamping dapat promote blog korang secara percuma, korang mungkin berpeluang mendapat pembaca setia & menambah lebih ramai follower. Tapi semua tu bergantunglah pada kekuatan blog korang.

Aug 10, 2011

Senarai Peserta Segmen Rekemen Blog Bersama LIGHTA SHADOWEE

Terima kasih berjuta lemon pada yang sudi join segmen ni. Kalau yang belum join tu, cepat-cepat kerjakan keyboard & mouse anda sekarang! hehehe...

Aug 5, 2011

Tazkirah Ramadhan | Kisah Nelayan & Mutiara

Assalamualaikum wbt. Amacam hari ke-5 berpuasa? Penulis rasa mesti ramai yang dah siap sedia set ringtone lagu raya kan? Hahaha. Sebenarnya tak salah bersemangat nak sambut 1 Syawal, cuma sebelum tu sama-samalah kita berusaha merebut segala kelebihan yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan ni. Jadi dalam entri ni, penulis nak berkongsi satu kisah teladan bertajuk Nelayan & Mutiara.

Pada suatu hari, seorang nelayan menjumpai sebutir mutiara yang sangat luar biasa cantiknya. Lalu beliau menawarkan mutiara tersebut kepada semua penjual mutiara di seluruh negeri. Namun tiada satu pun yang mampu membelinya. Akhirnya seorang penjual mutiara memberi cadangan kepada Sang Nelayan supaya menawarkan mutiara tersebut kepada Raja kerana baginda sahajalah yang mampu membelinya.

Lantas nelayan tersebut membawa mutiara itu kepada Raja. Namun Raja juga bingung untuk meletakkan berapa harga yang perlu dibayar untuk membeli mutiara yang begitu indah bentuknya dan amat berkilau-kilau cahayanya. Setelah berfikir, Raja pun membuat satu tawaran. Sebagai pertukaran kepada mutiara yang luar biasa itu, baginda memberikan kesempatan kepada Sang Nelayan untuk menikmati kekayaannya selama enam jam. Sang Nelayan juga boleh mengambil apa sahaja yang beliau inginkan dalam waktu itu.

Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez

Petang ni penulis nak buat entri khas untuk Sharifdez yang sudi promosikan blog light|shadow dalam satu segmen blogwalking dalam blog beliau. Dalam segmen tu ada 20 blog tersenarai. Terima kasih banyak² pada Sharifdez sebab masukkan jugak blog penulis dalam senarai tersebut...

Tapi bab blogger terbaik tu, penulis rasa belum layak lagi sebab penulis pun banyak lagi nak kena belajar untuk sampai ke tahap tu. Apa-apapun terima kasih sekali lagi kat beliau & korang semua bolehlah terjah blog beliau kat SINI.