Mar 30, 2011

Home Alone...

Hello guys, this is just a quick update...

Harini penulis tinggal sorang² kat rumah, maybe jugak untuk beberapa hari yang akan datang. Sebabnya keluarga penulis dah ke Vietnam+Kemboja & disebabkan penulis masih bergelar student praktikal sepenuh masa, maka diorang dah ada alasan kukuh untuk tinggalkan penulis....huhuhu.

Untuk beberapa hari ni, ade beberapa tugasan tambahan buat penulis. Antaranya, siram pokok bunga & bagi makan kat ikan & kucing yang baru lahirkan 4 ekor anak.

Tapi yang paling penulis bimbangkan, kalau² la banjir 2, 3 hari ni, memang nahas la.... semalam pon air dah dekat² nak masuk rumah. Nasib baik harini hujan kejap² jer....

OK la, tu je kot nak citer. Kena tido awal ni, takut esok bangun lewat nak pegi kerja. Maklum la takde orang nak kejutkan.... ciao ciao.

Mar 25, 2011

Wahai Kemawas, Sungguh Pandai Kau Berkias...

Mesti ramai yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa kan? Penulis je yang agak ketinggalan kot. Cerita tu dah 2 minggu tayang kat panggung tapi hari rabu lepas baru penulis dapat pegi tengok. Almaklumlah orang sedang berpraktikal, mana boleh nak ponteng kerja....


OKlah, berbalik pasal cerita HMM, bagi penulis cerita ni percubaan yang sangat baik dari KRU Studios. Jalan cerita dia boleh tahan, walaupun permulaannya agak boring tapi bila sampai part Geruda datang serang tu, dah boleh bukak mata luas². Kalau diperhatikan, beberapa scene terutamanya scene aksi dalam cerita ni ada unsur² movie overseas macam 300, Troy & Ong-Bak.

Mar 20, 2011

Bertunang

Sila bawak bertunang...eh eh silap. Sila bawak bertenang ye kawan², yang bertunang tu bukannya penulis tapi kakak kepada penulis. Kakak penulis ni namanya Nur Fadhlina, orangnya comel lote, kecik molek.hehe.


So sebelum bercerita lanjut, penulis nak ucapkan Selamat Bertunang kepada Kak Nur & abang-ipar-to-be, Abang Amin...moga² bahagia hingga ke jinjang pelamin & selamanya yer.

Mar 11, 2011

YTL Power Station (Photo Gallery 1)


Mar 7, 2011

Jalan

Jam dah menunjukkan kul 4:48 AM....chop² jangan tido lagi, ni ade nak story sikit pasal aktiviti weekend penulis.


Weekend baru² ni, satu lagi program budak² praktikal dah terlaksana. Lokasi program kali ni adalah sekitar KL & penulis bertindak sebagai tourist guide. Tujuan utama adalah mencari barang² untuk GlemerouShop. Taw tak apa tu GlemerouShop? Nanti² la penulis eksplen...