Jul 16, 2010

Pekan

Harini masuk hari ke-5 penulis menetap di kampus Pekan. Walaupun dah final year, bila duduk tempat baru ni terasa macam budak 1st year pulak sebab kena adapt dengan persekitaran baru.

Sebenarnya penulis dah start blajar kat kampus Pekan ni 2 sem lepas tapi masa tu masih tinggal di Gambang. Sekarang bila kolej kat Pekan ni dah siap baru la budak² final year dapat stay kat Pekan....

Kalau kat Gambang dulu dah rasa macam terpencil, kat Pekan ni lagi lah jauh dari bandar Kuantan. Tapi penulis bersyukur sebab sekurang-kurangnya tiap² pagi dah tak payah naik bas untuk ke Pekan. Kalau dulu, kelas kul 8 pagi, kul 6.30 dah kena tunggu bas! Dah setahun penulis merasa, tak tahan beb....

Kat bawah ni penulis letak gambar² kolej & bilik baru. Setakat ni alhamdulillah, semuanya ok. Kiranya penulis puas hati la dengan kemudahan kolej ni. 1 bilik kongsi 2 orang je. Penulis sebilik ngan Acap, budak ni gila (-gila). Maksudnya dia kadang² gila & kadang² gila-gila....tapi penulis suka. hahaha.


Sekali pandang macam resort kan? kan? Bilik penulis tingkat 1, jadi tak la penat panjat tinggi²


Design bangunan ni unik sikit... kalau nak jalan dari hujung bangunan ke hujung satu lagi, kena cross laluan ni. 1st time kot jumpa bangunan camni....