Kali ni penulis nak bercerita skit...walaupun perkara ni dah jadi 3 hari lepas (hari khamis), malam ni baru penulis rasa nak menulis kat blog ni. Ceritanya begini....pada hari kejadian, UMP cuti. Okay bukan cuti tapi ada German day kat kampus Gambang so pandai2 lah penulis isytiharkan hari tu sebagai cuti peristiwa....
Sebab dah lama tak tengok wayang, kitorang pun cadang la tengok
Ong Bak 3 kat ECM. Okay tipu lagi, padahal baru je lepas tengok Eclipse aritu...hahaha. Korang nak tau tak, masa beli tiket tu kan....semua keluarkan
matrik kad sebab nak dapat student price....pastu kan....kad matrik penulis tu terjatuh kat mesin yang keluar tiket tu!
Penulis pun tak tau la macam mana kad tu boleh terselit masuk kat celah lubang tu. nasib baik la tak masuk dalam mesin tiket, cuma jatuh kat bawah kaunter. tapi bila cari2 tak jumpa jugak...akak yang jaga kaunter tu siap panggil 2 lagi member dia tolong cari. lama jugak la proses mencari, orang2 kat depan gsc tu pun dah makin seronok tengok kitorang duk intai2 kat kaunter tu....mana taknyer, pembaris, screwdriver sumer dah keluar tapi kad matrik tu tetap tak jumpa2....
Last2 akak tu cakap kad penulis tu memang takde. Mak aih, penulis pun rasa pelik bin ajaib la kan, takkan la kad matrik tu boleh lesap camtu je kan. Penulis pun try la mintak dia check skali lagi dalam kotak tiket. Rupa2nya kad matrik penulis memang ada dalam kotak tu. Fuh lega! akak kaunter tu sempat gak sindir2 kitorang, dia cakap "Aish korang, ni la sejarah kad jatuh kat situ...sebelum ni tak pernah dibuat orang...". Sori la kak, bukannyer sengaja..... huhuhuhu. Lepas je dah dapat kad aku balik, tengok jam dah pukul 2...so terus masuk wayang.
Citer ni okey la cuma kalau nak dibandingkan ngan Ong Bak 2, Ong Bak 2 lagi best kot....tapi macam biasa, part lawan2 memang real habis.
Tony Jaa, walaupun ko berjambang ke, berlumut ke, orang buat tak kesah je, asal ko punya sepak terajang tahap gaban. Hehehe
Dah habis tengok Ong Bak 3, Dasuqi ajak tengok
Mantra pulak...tapi kali ni kitorang tengok kat Megamall. Bagi penulis Mantra ni tak ada la seram sangat, tapi jalan citer dia boleh tahan la.
Sebelum balik sempat gak main bowling satu game n makan2 kat UiTM...end.