Jun 10, 2010

World Cup 2010: Team Feveret

Assalamualaikum & salam sejahtera, harini penulis nak jadi pengulas sukan dan topik yang akan dibincangkan adalah pasukan pilihan untuk jadi juara World Cup 2010 di South Africa. Seperti yang kita tahu & kepada yang tak tahu, disini penulis nak bagitau yang kul 10 malam esok bermulalah kejohanan terbesar dunia ni dengan perlawanan pembukaan antara South Africa dengan Mexico.

Dan soklan yang paling popular ditanya tak kira dalam tibi, radio mahupun di kedai mamak pastinya pasukan mana yang akan jadi juara tahun ni. Sebagai rakyat Malaysia, selagi pasukan bola sepak kita tak melayakkan diri ke World Cup, selagi tu lah rakyat kita 'terpaksa' memilih team atau negara lain untuk disokong setiap 4 tahun sekali….kalau team Malaysia berjaya main untuk World Cup ni mestilah semua sokong Malaysia kan?

Jadi untuk entri kali ni, penulis nak review sikit pasal team² feveret untuk dinobatkan sebagai juara dunia tahun ni. Mungkin jugak boleh membantu korang² yang tidak ambil port pasal bola sebelum ni sekiranya ditanya soklan sedemikian…

England
Pemain Utama: Wayne Rooney, Frank Lampard, Steven Gerrard
Kehilangan seorang kapten dan pertahanan kental seperti Rio Ferdinand pasti memberi kesan yang amat mendalam buat skuad England. Tetapi penyokong England masih boleh berfikiran positif kerana buat masa sekarang, Rooney berada pada tahap terbaik. Anak emas England & tonggak Manchester United ini disebut-sebut sebagai calon utama pemain terbaik kejohanan, tetapi sebelum itu Rooney mestilah membawa England sekurang-kurangnya ke peringkat final.

Spain
Pemain Utama: Fernando Torres, Iker Casillas, Cesc Fabregas, David Villa, Xavi
Team yang menjadi pilihan ramai, terutamanya daripada kaum wanita. Kalau ditanya kenapa? Jawapan lazim yang diberikan ialah sebab player Spain ni ramai yang hensem². Torres, Silva, Casillas….OK, penulis akur dengan jawapan sebegitu. Tapi bagi penulis Juara EURO 2008 ni adalah team yang paling lengkap dalam World Cup 2010. Dari penjaga gol sampai lah ke posisi penyerang, semuanya star player. Pemain simpanan diorang pun tak kurang hebatnya…

Brazil
Pemain Utama: Kaka, Julio Cesar, Lucio, Maicon, Luis Fabiano, Daniel Alves
Pernah menjadi juara sebanyak 5 kali, World Cup dan Brazil sudah sinonim. Walaupun Ronaldinho tidak tersenarai ke World Cup tahun ni, semestinya bakat² baru akan muncul. Permainan yang menarik dan bercorakkan serangan ditambah pula dengan skill individu, Brazil adalah pilihan anda yang paling selamat.

Portugal
Pemain Utama: Cristiano Ronaldo, Deco, Danny
Cristiano Ronaldo adalah faktor utama kenapa masih ramai peminat bola sepak yang menyokong Portugal. Diletakkan dalam kumpulan maut bersama Brazil, Ivory Coast & North Korea, pemain termahal dunia ini perlu membuktikan kehebatannya di peringkat antarabangsa jika tidak mahu melihat Portugal dimalukan.

Argentina
Pemain Utama: Lionel Messi, Carlos Tevez, Sergio Aguero
Semestinya penyokong Argentina yakin skuad bimbingan Diego Maradona ini boleh menjuarai World Cup kali ini. Diketuai oleh pemain terbaik dunia, Messi dan dibantu oleh pemain seperti Tevez, sudah pasti Argentina boleh pergi jauh dalam kejohanan ini.

Holland
Pemain Utama: Wesley Sneijder, Arjen Robben, Rafael van der Vaart, Robin van Persie
Mempunyai pasukan yang mantap tetapi selalunya tidak bernasib baik dalam kejohanan besar seperti World Cup. Diketuai oleh van der Vaart selaku playmaker dan dibantu 2 tonggak utama pada final champions league iaitu Sneijder (Inter Milan) dan Robben (Bayern Munich), penulis yakin Holland mampu membuktikan kekuatan sebenar mereka di South Africa.

Italy
Pemain Utama: Gianluigi Buffon, Fabio Cannavaro, De Rossi
Juara bertahan dan masih mengekalkan tonggak pada edisi 2006 dulu, antaranya Buffon, Cannavaro & Grosso. Kekuatan mereka adalah pada bahagian pertahanan dan dari segi taktikal.

Germany
Pemain Utama: Philipp Lahm, Bastian Schweisteiger, Miroslav Klose
Team yang sangat konsisten dalam sejarah piala dunia. Kehadiran pemain muda Thomas Muller & Holger Badstuber yang bermain untuk Bayern Munich bakal mencuri tumpuan, namun tanpa kelibat Michael Ballack, peluang Germany untuk mencipta kejayaan agak samar.

France

Pemain Utama: Thierry Henry, Frank Ribery, Florent Malouda, Karim Benzema
Masih ingat peristiwa Zidane menanduk Materazzi pada perlawanan akhir World Cup di Germany 4 tahun lepas? Ya, Zidane di'sent off' dan pada tahun tersebut France menjadi naib juara. Sekarang Zidane sudah bersara & jika dinilai dari persembahan hambar termasuk kalah 0-1 kepada China pada aksi persahabatan baru-baru ini, jangan terkejut jika pasukan yang berada dalam group A bersama Uruguay, Mexico dan tuan rumah South Africa terpaksa pulang awal seperti yang berlaku pada World Cup 2002 dahulu.

South Korea
Pemain Utama: Park Ji-Sung, Ki Sung-Yueng
Kalau korang berniat untuk menyokong pasukan dari Asia, korang boleh pilih team Japan atau North Korea tapi bagi penulis, team South Korea adalah pilihan terbaik. Dengan suntikan semangat setelah mengalahkan Japan dalam aksi persahabatan baru² ni, penulis yakin mereka mampu membuat kejutan dalam kejohanan kali ni.

Team Feveret…
Baiklah. Kalau ada orang tanya aku team mana yang penulis sokong untuk World Cup 2010 ni, mestilah jawapan aku team Holland! Memang dah lama penulis sokong team ni sebab van der Vaart adalah player Holland & tahun ni plak dia dah jadi kapten. Hope Holland jadi juara tahun ni!


Jersey terbaru belum ada lagi, mungkin boleh beli kat Langkawi esok…



My prediction:

1. Holland
2. Spain
3. Argentina


P/S: Penulis bukanlah pakar sangat pasal bola sepak ni tapi penulis tahu yang David Beckham bukan player Brazil & Real Madrid tak masuk World Cup….hehehe

9 comments:

Anonymous said...

ala hang nie..asal ade van der Vaart jek leh la menang holland ek??
season akan dtg bukn ke mamat tu dah kena beli ngan liverfol??

Atiqahtuty said...

xde ballack rasa malas da nk tgk world cup hu3

Anonymous said...

ballack ayam..

Anonymous said...

aku sokong jerman...uish rugi r x dpt tgk aksi ballack..

fndrocka said...

aku rasa spain berpelunag besar untuk jadi johan.2nd brazil..tapi aku menyokokng england..hopefully england ada luck skit..hehe

Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

ahmadhiSyam said...

anon: klo x percaya tgk je la nanti....aku rasa die xpegi liverfool, maybe ke bayern

ahmadhiSyam said...

tiqah: rugi la x tgk...w/pon ballack xde, germany still power pe...

ahmadhiSyam said...

fndrocka: tahun ni byk team blom perform lg, stakat ni germany je yg ak tgk main bagus...nk mng world cup mmg kne ada luck jugak..

Anonymous said...

diorg sume xjmpa rentak permainan lagi la...
team pilihan leh kalah ngan team yg xdek nama..
pe kehe??
masuk pusingan kalah mati nnti baru mencanak main..