Mar 16, 2010

Review Movie Bulan Mac

Harini penulis rasa ringan tangan nak review movie² yang penulis dah tengok dalam bulan ni. Walaupun sekarang ni boleh dianggap masa tak-cukup-masa bagi penulis, entah kenapa tiba² pulak rasa rajin nak post benda baru kat blog nih....

Harap maklum, review ni bukannya untuk movie yang baru keluar bulan Mac tapi movie yang penulis tengok sepanjang bulan ni....


1. 3 Idiots (2009)

Awal² dengar pasal movie ni dari Dato' Saifuddin, terus rasa berminat nak tengok sebab citer ni pasal student mechi jugak. Mengisahkan 3 orang sahabat, Farhan, Raju & Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Ketiga-tiganya berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Movie ni banyak flashback masa diorang kat kolej & perjalanan untuk cari identiti Rancho yang sebenarnya....
Tahap Rekemen: 9/10

2. The Pursuit of Happyness (2006)

Based on true story, a very inspirational one....Chris Gardner, seorang penjual mesin bone scanner yang mahu mengubah hidup beliau & keluarga dengan menjadi seorang broker. Beliau ni boleh dikategorikan sangat bijak, buktinya beliau boleh selesaikan rubik's cube dalam masa beberapa minit je walaupun time tu jarang je orang boleh selesaikan benda tu. Dari movie ni baru penulis taw yang rubik's cube tu mula popular pada 1981.
Tahap Rekemen: 9/10

3. Seven Pounds (2008)

A planned suicide. Satu lagi movie lakonan Will Smith. Citer ni sangat sedih sebab hero ni sanggup berkorban untuk tebus kesalahannya yang lepas. Tapi penulis memang tak setuju dengan cara dia, bunuh diri. Kalau ye pun nak tolong orang tak perlu la sampai nak bunuh diri kan?
Tahap Rekemen: 8/10


4. Blood And Bone (2009)

Kalau sesiapa yang suka tengok citer lawan², gadoh² memang patut tengok citer ni. Cara hero dia gadoh memang stailo giler!
Tahap Rekemen: 7.5/10

5. Trick 'r Treat (2008)

Citer pasal hantu halloween. Gabungan citer yang sangat menarik & kadar keseraman yang okay jugak la....
Tahap Rekemen: 7/10

6. Ninja Assassin (2009)

Ramai yang cakap movie ni sangat² best. Tapi bagi penulis, takde la best sangat...
Penulis rasa movie ni sangat brutal & kadang² macam tak logik pun ada jugak.
Rain? Penulis lebih suka dia menyanyi & menari dari dia berlakon.
Tahap Rekemen: 7/10


7. Skrip 7707 (2009)

Dalam banyak² cerita, satu je yang penulis rasa best. Citer yang roh anak die datang balik ke rumah sebab nak tuntut hak dia. Si anak ni mati sebab eksiden motor. Awal² penulis pun duk pikir jugak apa benda yang roh tu nak, rupa²nya die nak jari die yang terselit kat motor tu....ceh, cakap la awal², nak berkias pulak....
Tahap Rekemen: 6/10

8. Maut (2009)

Dalam movie ni ade 3 citer berlainan, jalan citer die biasa² je. Stended citer melayu. Kalau tengok dari sudut positif, banyak pengajaran kita dapat. Tapi yang negatif tak kurang banyaknya.....
Tahap Rekemen: 5/10

1 comment:

frankie zhao said...

Hello
I'm creating a new concept of blog,which is teaching people how to make and save money for free.

this is a public service blog.

My purpose is just to let more people share my money making,money saving Information.

Please visit My Site:
http://waysmakingmoneyonline.blogspot.com/

cheers!