Mar 28, 2010

How To Train Your Dragon (2010)

Walaupun masuk panggung agak lambat, tapi rasanya tak banyak kot yang tertinggal... Penulis start tengok time Hiccup baru nampak Toothless nak try terbang kat tasik. Kalau ada yang dah tengok tolong la citer sikit apa yang berlaku sebelum tu...huhuhu

Jalan citer dia sangat menarik & kelakar. Tapi ending die ada sikit sedih laa. Penulis paling suka part Toothless lawan ngan dragon paling besar tu...Toothless punya fire memang gempaq giler!

Best! Best! Best!

Rating: 8/10

Toothles yang sangat² comel. Macam Stitch kan?


Mar 25, 2010

Evolusi KL Drift 2 (2010)

Pagi tadi bangun kul 9 lebih. Siap² terus pegi ambil borang kolej kat JHEPA. Awal² semangat gak nak apply kolej, tapi bila tengok syarat² kat belakang borang tu macam 'harapan' je nak dapat duk kolej Pekan. Lagipun kolej tu still in construction entah siap entah tidak. Jadi sekarang tengah pikir nak apply kolej ataupun nak cari umah sewa. Adoi kes² macam ni memang buat penulis pening. Dah la citer pasal kolej ni. Masalah tu aku nak letak tepi dulu, sekarang nak story pasal movie KL Drift 2.



Dah setel ambil borang, penulis, Nik, Eddy ngan Hafez gerak pegi Kuantan. Sampai kat GSC, kitorang tak perlu beratur... terus pegi pilih seat je, sebab semalam Eddy dah reserve tiket ikut internet. Bimbang jugak kot² takde tiket, sebab arini first day movie ni kat panggung. Disebabkan harini hari khamis & kitorang pegi pagi, dapat plak student rate....6 hinggit je beb! Untung kan? Hahaha

OK. Berbalik pada movie KL Drift 2.... Part drift ngan part lumba² keter dalam movie memang gempaq, bangga jugak la orang Malaysia dah mampu buat filem aksi cenggini. Tapi jalan citer dia agak kureng sikit, maybe banyak sangat jiwang karat kot...
Rating: 7.5/10

Ni la antara kereta yang ada dalam KL Drift 2

Kali ni gua punya Sam berambut panjang pulak.
Nak tengok mamat ni cakap Cina? Lu orang tengok la movie ni..

Lepas dah tengok wayang, kitorang pun gerak pegi UMP Pekan pulak. Ada kelas Vibration dengan Power Plant. Enjoy² jugak, kelas kitorang tak pernah miss.


Mar 16, 2010

Review Movie Bulan Mac

Harini penulis rasa ringan tangan nak review movie² yang penulis dah tengok dalam bulan ni. Walaupun sekarang ni boleh dianggap masa tak-cukup-masa bagi penulis, entah kenapa tiba² pulak rasa rajin nak post benda baru kat blog nih....

Harap maklum, review ni bukannya untuk movie yang baru keluar bulan Mac tapi movie yang penulis tengok sepanjang bulan ni....


1. 3 Idiots (2009)

Awal² dengar pasal movie ni dari Dato' Saifuddin, terus rasa berminat nak tengok sebab citer ni pasal student mechi jugak. Mengisahkan 3 orang sahabat, Farhan, Raju & Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Ketiga-tiganya berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Movie ni banyak flashback masa diorang kat kolej & perjalanan untuk cari identiti Rancho yang sebenarnya....
Tahap Rekemen: 9/10

2. The Pursuit of Happyness (2006)

Based on true story, a very inspirational one....Chris Gardner, seorang penjual mesin bone scanner yang mahu mengubah hidup beliau & keluarga dengan menjadi seorang broker. Beliau ni boleh dikategorikan sangat bijak, buktinya beliau boleh selesaikan rubik's cube dalam masa beberapa minit je walaupun time tu jarang je orang boleh selesaikan benda tu. Dari movie ni baru penulis taw yang rubik's cube tu mula popular pada 1981.
Tahap Rekemen: 9/10

3. Seven Pounds (2008)

A planned suicide. Satu lagi movie lakonan Will Smith. Citer ni sangat sedih sebab hero ni sanggup berkorban untuk tebus kesalahannya yang lepas. Tapi penulis memang tak setuju dengan cara dia, bunuh diri. Kalau ye pun nak tolong orang tak perlu la sampai nak bunuh diri kan?
Tahap Rekemen: 8/10


4. Blood And Bone (2009)

Kalau sesiapa yang suka tengok citer lawan², gadoh² memang patut tengok citer ni. Cara hero dia gadoh memang stailo giler!
Tahap Rekemen: 7.5/10

5. Trick 'r Treat (2008)

Citer pasal hantu halloween. Gabungan citer yang sangat menarik & kadar keseraman yang okay jugak la....
Tahap Rekemen: 7/10

6. Ninja Assassin (2009)

Ramai yang cakap movie ni sangat² best. Tapi bagi penulis, takde la best sangat...
Penulis rasa movie ni sangat brutal & kadang² macam tak logik pun ada jugak.
Rain? Penulis lebih suka dia menyanyi & menari dari dia berlakon.
Tahap Rekemen: 7/10


7. Skrip 7707 (2009)

Dalam banyak² cerita, satu je yang penulis rasa best. Citer yang roh anak die datang balik ke rumah sebab nak tuntut hak dia. Si anak ni mati sebab eksiden motor. Awal² penulis pun duk pikir jugak apa benda yang roh tu nak, rupa²nya die nak jari die yang terselit kat motor tu....ceh, cakap la awal², nak berkias pulak....
Tahap Rekemen: 6/10

8. Maut (2009)

Dalam movie ni ade 3 citer berlainan, jalan citer die biasa² je. Stended citer melayu. Kalau tengok dari sudut positif, banyak pengajaran kita dapat. Tapi yang negatif tak kurang banyaknya.....
Tahap Rekemen: 5/10

Mar 11, 2010

Work, Work, Work

Got lots of work to do... My Final Year Project a.k.a PSM (Projek Sarjana Muda) started givin' me headache. Hopefully internet tak macam siput babi!


Tak boleh serius lagi ke muka tu?

P/S: All izz well...All izz well...All izz well...


Mar 6, 2010

Ulang - Alik

Harini 3 kali ulang alik dari ECM ke Megamall. 'cc camera' (bak kata Nik) kat ECM tu mesti dah belambak ngan gambar kitorang...hehehe.

Dah la otw ke Kuantan tadi jammed giler, (tak tau la event apa yang ada kat Kuantan harini, Jom Heboh start esok kot) PC fair kat Megamall pulak sangat mengecewakan. Barang² takde la murah sangat. Ada tu lagi mahal dari kedai biasa. Tapi sempat gak beli earphone. Desperate gila kot sebab hari² naik bas ke Pekan mesti kena dengar lagu kalau nak tido dengan lena. Earphone lama dah rosak, dapat dengar sebelah je...

Beli printer & keyboard baru kat ECM. Keyboard ni khas untuk main game, tak nak bagi keyboard laptop jahanam time main PES. Juta² jugak la abes arini...hohohoho.

P/S: cc camera = cctv

Mar 3, 2010

The Best Poem of 2006

This poem was nominated by UN as the Best Poem of 2006, written by an African Kid...

When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black


And you white fellow
When you born, you pink 
When you grow up, you white
When you go in sun, you red 

When you cold, you blue
When you scared, you yellow 
When you sick, you green 
And when you die, you gray 
And you calling me colored??