Harini start acara first utk
eXpoconvo '09 iaitu talk pasal bahaya dadah oleh penceramah dari
Agensi Dadah Kebangsaan. Tapi agak sedih sikit sebab
takde tak ramai pun budak² UMP yang datang. Nasib baik la ada budak sekolah yang datang, kalau tak, tempat duduk memang banyak la yang kosong.
Lagi satu masalah bila majlis tu kena tangguh untuk 20-30 minit sebab pentas tiba² blackout. So kitorang dari
Bahagian Protokol kena bawa budak² sekolah tadi pergi ronda² pameran sekitar pentas utama.
Lepas je talk pasal bahaya dadah tu habis dalam pukul 11, kitorang eskot pulak budak² tu pergi DKU untuk dengar
Dialog 1 Malaysia. On the way ke DKU tu macam² soalan ditujukan kat kitorang. Contohnya:
Blajar kat U ni best tak bang? U ni dah lama ada ke? Abang ambil course apa? Mechi tu apa???
Tak macam hebat pulak semangat ingin tahu diorang ni. Penulis pun apa lagi, jawab ikut sedap mulut je la... Bila lagi nak tunjuk pandai kat budak² tak cukup umur ni. Iyer tak? Program tu penulis sempat join dalam 10 minit je pastu gegas pulak naik bas ke Pekan sebab harini penulis ada lab. Malamnya ada
Ceramah Gagasan 1 Malaysia kat Masjid UMP dan macam biasa ada post mortem sebagai penutup. Sampai rumah dalam pukul 2 pagi, kena siapkan untuk presentation project esok. Sori la kat budak² group penulis, penulis tak boleh nak menyumbang sangat harini, kepala otak pun dah jammed.
OK lah mata dah berat, mintak diri dulu...
Dalam ramai² budak skolah tu, penulis terjumpa
adik Eddy! Sama tak? Hahaha...