Aug 22, 2009

Nak Minta Maaf

Sempena bulan ramadhan ni, penulis nak minta maaf kat semua kawan² yang dikasihi kalau² ada salah silap atau terlanjur jari menaip dalam blog ni. Maafkanlah penulis yep! Pembaca sekalian, marilah kita bermaaf-maafan bermula dari bulan ramadhan ni... Jangan la tunggu hari raya baru nak minta maaf.

Nak citer sikit pasal first terawikh tahun ni. Disebabkan minggu depan penulis tak boleh balik walaupun cuti 4 hari (ada program punya pasal) jadi minggu ni penulis ambil peluang untuk balik rumah.

Dapat solat terawikh kat kampung memang meriah tambah² pulak semalam bapa saudara penulis ada buat makan² sikit kat surau tu. Lagipun kalau kat rumah tu selalu la ikut parent penulis pergi masjid.

Harap² bila kat UMP nanti ringan la badan ni nak ke masjid. Amiin... Akhir kata, jangan ponteng puasa & selamat beramal~~~

No comments: