Aug 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!


Dah 52 tahun kita merdeka...
Terima kasih wahai pejuang bangsa...

Aug 30, 2009

Berbuka Puasa Di Padang MPK

Korang pernah tak berbuka puasa kat Padang MPK? Tiap² ramadhan mesti ramai yang datang beli makanan di bazar & makan kat tengah padang ni. So, harini penulis pun try la joint sekaki...



Meriah jugak berbuka kat sini, memang ramai orang. Penulis ngan budak² rumah beli air ngan murtabak je 2 biji. Pastu kitorang kongsi ramai². Malas nak makan benda² berat sebab dah plan nak makan kat Giant. Lepas dah sapu bersih 2 biji murtabak tu, kitorang pergi solat kat masjid. Sudah je solat, kitorang gerak ke Giant.

Kitorang ke Giant ni dengan harapan boleh beli beras Giant yang murah tapi kecewa bila beras tu dah habis, so nak tak nak kitorang beli la jugak beras Cap Rambutan 10kg sebab stok beras kat rumah memang dah nazak. Lepas selesai ambil barang² dapur yang lain, tiba la time membayar. Shopping sakan rupanya kitorang harini, sampai RM 94.11 terbang dari dompet penulis...takpe² balik nanti claim balik ngan budak² rumah.

Next. Seperti yang di"plan"kan, kitorang pun pergi makan mee sizzling kat foodcourt Giant tu.
Acara seterusnya, kami pergi main bowling kat Parkson. Pastu gerak pulak ke Teluk Chempedak. Lepak² jap ambil angin sebelum balik...



Aug 28, 2009

In Pics: Cerita 2 Hari Yang Lepas

Harini ada first lab untuk Automatic Control. Senag je eksperimen minggu ni.

Cuma diorang ni lambat buat kerja.

Tengok macam penulis, awal² lagi dah siap.

Lepas lab ada gap 1 jam, so apa lagi... Penulis & konco² terus menuju ke 'Bilik HQ' kitorang. Semenjak belajar kat kampus baru ni, penulis perhatikan student² kat sini asyik tido je! OK, penulis mengaku yang penulis pun termasuk dalam golongan ni jugak. Asal ada gap je, mesti cari port untuk tido. Nak² masa bulan puasa ni.

Penulis akui memang buruk kalau penulis sedang tido.


Tapi OK la sikit daripada diorang ni... Dah macam mati katak! Hahaha

Hari rabu kelas penulis tamat pukul 5 petang. Harini penulis tumpang Maoh. Malas nak naik bas sebab kalau hari rabu mesti bas buat hal. Lambat la, tak cukup la, jadi kitorang buat keputusan pergi ngan kereta Maoh. Perjalanan kat Pekan ni agak mencabar sebab jalan dia kebanyakannya masih dalam construction, so jalan dia sempit je & tak boleh la nak cilok². Tambah² lagi jalan ni banyak lori & bas lalu-lalang tak ketinggalan jugak makhluk² seperti itik, lembu dan biri². Kalau nasib tak baik boleh jadi camni...



Dah sampai kat rumah, kitorang berbuka puasa dulu then kitorang siap² untuk ke Kuantan. Suki nak beli tiket pergi Johor weekend ni. Yang ikutnya penulis, Ijud & Eddy.

Time berhenti kat traffic light depan terminal, penulis keluar kereta & pergi kedai komputer kat tepi tu. Ijud ngan Eddy pun ikut skali. Suki pergi Terminal, beli tiket. Penulis pulak beli external hard disk. Memang dah lama sangat target nak beli. So tak boleh la tangguh² lagi. Pening nak fikirkan laptop penulis yang dah macam siput tu pasal dia punya hard disk dah penuh gila.

Dah settle urusan jual beli kitorang pergi usha barang² kat Kamdar sementara tunggu Suki datang...



Dalam 15 minit pastu, Suki datang. Kitorang gerak ke Teruntum. Tunggu Suki ngan Eddy pergi gunting rambut...




Sebelum balik, kitorang pergi main bowling dulu kat Megamall. Dah lama tak melempar ngan budak² ni sebab masing² sibuk je memanjang.


OK, itu je cerita untuk 2 hari lepas. Ciao!

Aug 24, 2009

Ni Hao

Eh! Sejak bila penulis jadi orang Cina ni? Jangan konfius yep, untuk pengetahuan korang sem ni penulis memang wajib ambil subjek bahasa Mandarin. So nak tak nak kena la tambah 1 lagi kamus bahasa dalam kepala hotak ni...

Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya kalau dengar orang Cina cakap tu boleh la faham 1,2 perkataan. Lagipun time kerja nanti bahasa Mandarin memang penting, kan? OK. Sebenarnya masa kelas tadi ada test. Semua student kena berdiri kat depan kelas & introduce diri sendiri dalam bahasa Mandarin. Ada 8 ayat kesemuanya.

Walaupun nampak sikit, pening gak nak boleh hafal semua ni beb! Tadi penulis volunteer jadi orang ke-2 pergi kat depan dengan muka penuh confident. Tiba² pulak kepala hotak jadi blank time tu. Ciss...hampa! Tapi takde la teruk sangat kot...hehehe. Penulis ingat kesemua 8 ayat tu tapi ada la part yang tersekat²...

Penulis (muka confident) & Acap

Kat bawah ni, dialog yang dibaca untuk test tadi. Jom belajar bahasa Mandarin!

1. Wo de ming zi shi Ahmad Hisyam
= My name is Ahmad Hisyam

2. Wo jinnian er shi yi sui
= I am 21 years old

3. Wo shi Dang jio lou ren
= I am from Terengganu

4. Wo zai Pengheng Malaixiya Daxue nianshu
= I study at UMP

5. Wode shengre shi shiyue shijiu hao
= My birthday is on 19th October

6. Wo meitian zao shang wu dian qichuang
= Everyday I get up at 5 am

7. Chi le qichuang, wo shangke
= After get up, I go to class

8. Xiawu si dian xiake
= The class finishes at 4 pm

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Aug 22, 2009

Nak Minta Maaf

Sempena bulan ramadhan ni, penulis nak minta maaf kat semua kawan² yang dikasihi kalau² ada salah silap atau terlanjur jari menaip dalam blog ni. Maafkanlah penulis yep! Pembaca sekalian, marilah kita bermaaf-maafan bermula dari bulan ramadhan ni... Jangan la tunggu hari raya baru nak minta maaf.

Nak citer sikit pasal first terawikh tahun ni. Disebabkan minggu depan penulis tak boleh balik walaupun cuti 4 hari (ada program punya pasal) jadi minggu ni penulis ambil peluang untuk balik rumah.

Dapat solat terawikh kat kampung memang meriah tambah² pulak semalam bapa saudara penulis ada buat makan² sikit kat surau tu. Lagipun kalau kat rumah tu selalu la ikut parent penulis pergi masjid.

Harap² bila kat UMP nanti ringan la badan ni nak ke masjid. Amiin... Akhir kata, jangan ponteng puasa & selamat beramal~~~

Futsal Ramadhan

Hari rabu lepas penulis dapat mesej dari Bish:


FUTSAL RAMADHAN

Jumaat
1-3 AM
Futsal Kg Tiram


Penulis pun terus je on. Penulis ni memang jenis pantang orang ajak main futsal, kalau takde aral melintang konfem akan join punya... So, pada hari kejadian penulis dengan 19 lagi mamat² futsal tiba la kat gelanggang futsal kat Kg Tiram tu.

Kalau nak main futsal, ni la tempat yang selalu kitorang pergi. Kitorang sampai awal sikit dari pukul 12.30 & terus siap² nak main. Rupanya plan asal dah ubah, kitorg punye turn start pukul 12.30. Budak² ni memang camtu, tak reti nak datang awal. kalau game pukul 12 setengah, pukul 12 suku baru nak gerak dari UMP.

Tapi game harini agak best la tapi nak habiskan 2 jam tu boleh pancit la jugak. Lepas habis main kitorang lepak² kat Restoran Zam Zam sampailah pukul 4 pagi. Pastu baru balik UMP. Nasib baik Ijud yang drive, on the way balik tu penulis tido je... Sorry Jud, aku ngantuk giler dowh...

Aug 18, 2009

Wonderful Weekend

Weekend baru² ni penulis ikut family pergi KL. Kitorang stay rumah kakak penulis, Kak Ida. Rumah dia kat area Gombak, belakang UIA. Best sangat sebab semua adik-beradik dapat kumpul sama²...



Dalam 3 hari tu, banyak habiskan masa kat rumah je layan Adib & Adam (my anak buah). Tapi hari sabtu tu, sempat la pergi jalan² kat Wangsa Maju...

Itu je untuk entri kali ni!



Aug 10, 2009

Kalah Penalti

Baru je balik dari tengok Man Utd lawan Chelsea. Adoi, Man Utd kalah jugak ditangan Chelsea... Walaupun Rooney sempat score untuk keputusan seri 2 sama tapi kalah penalti 4-1. Harini agak jauh penulis, Ajim & member² lain merantau untuk tengok match ni. Awal² pergi kedai makan area Gambang tapi semua dah full house. Bola punya pasal...

Sebab nak tengok jugak match ni, kitorang pergi la Arirang. Nasib baik la ada tempat. Tapi balik dengan hati yang kecewa... Man Utd kalah!!! Dah² takboleh citer panjang. Banyak lagi kerja perlu dibereskan. Ciao!!

Aug 1, 2009

S*NH***G & Selsema B**i