Jan 9, 2011

Praktikal | 4 down, 115 to go!

Tepat pukul 5 petang 6 Januari 2011, genaplah seminggu penulis berpraktikal. Penulis buat praktikal selama 24 minggu (3 Jan-18 Jun) kat YTL Power Services, Paka, dalam 20 minit dari rumah penulis. Masuk kerja kul 7.45 so pagi² kul 6.50 dah gerak dari rumah. On the way tu singgah amek member satu praktikal ngan penulis, umah dia dekat je ngan rumah penulis jadi kitorang pergi sekali. Biasanya kul 7.30 dah sampai, time praktikal ni kena la datang awal kan....


Kat YTL ni diorang start kul 7.45 sampai kul 12.30, rehat sejam sampai kul 1.30. Pastu sambung balik sampai kul 5 petang. Yang bagusnya kat sini, Zohor ngan Asar semua akan solat berjemaah kat surau.

Hmm. Selama 4 hari ni dah banyak penulis dapat belajar benda baru. Biasanya trainee macam penulis ni tugas dia ialah tolong hulur² barang & ambil barang kat stor. Walaupun nampak remeh, tapi dari situlah kita dapat kenal nama barang² yang sebelum ni cuma pernah jumpa dalam buku jek.

Selain penulis, ada 10 orang lagi student praktikal kat sini. 4 orang satu department mechanical ngan penulis, 3 orang department electrical, sorang kat admin & 2 orang kat department C&I. Seronok dapat wat kerja ngan diorang, sebab semuanya sempoi je. Cuma budak C&I 2 orang tu penulis jarang jumpa sebab port diorang kat tempat lain.

Hari² biasa kat power plant ni biasanya kerja tak banyak sangat, tunggu overhaul/shutdown dalam akhir bulan 3 atau awal bulan 4 nanti siap la... dengar citer time tu hari Jumaat ngan Sabtu pun kena kerja. huhuhu. Tapi time tu la boleh tengok real tiap² part turbine & segala macam benda kat plant ni.

Hari khamis lepas pertama kali merasa jammed time balik kerja, maybe sebab hujan lebat kot. 3 hari sebelum tu jalan okay je, kul 5.30 dah sampai umah tapi semalam kul 6 lebih baru sampai umah. Minggu first ni balik je umah terus terbongkang, tak tau la nape penat sangat. hehehe.

Rasanya dah panjang celoteh penulis kali ni. Tempoh praktikal penulis ada 115 hari lagi, (awal gila countdown! haha) mesti ada lagi yang akan penulis kongsi ngan korang di masa hadapan...Ciao!

Jan 1, 2011

Twenty-Eleven

Assalamualaikum. Apa khabar semua? (ada gaya cikgu nak start kelas tak? saja nak bagi feel kat korang² yang masih bersekolah..hehe) Okay, pertama skali kepada semua yang baca blog ni, penulis nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU!!


Penulis tengok dah ramai yang ada azam baru untuk tahun baru ni. Baguslah kan, sebab awal² lagi korang dah ada target untuk tempoh satu tahun akan datang. Bagi penulis pulak, disebabkan mulai 3 Januari ni penulis akan berpraktikal selama lebih kurang 6 bulan, semestinya azam penulis adalah untuk buat yang terbaik sepanjang tempoh tu.

Tempat latihan industri (LI) penulis ialah di YTL Power Plant, Paka. Syukur sangat sebab dapat duduk kat rumah tapi perlu bersedia mental & fizikal terutama sekali kena bangun awal! Ah, citer je pasal LI ni jantung dah mula dup dap dup dap....Tolong doakan penulis dapat buat yang terbaik ya! Have a nice 365 days & days after that!

Psst. Apa azam 2011 korang?