Showing posts with label Blogging Tips/Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Blogging Tips/Tutorial. Show all posts

Oct 26, 2011

Blogging Tips: Tingkatkan Trafik Dengan Ping Blog & Entri

Ping blog atau entri adalah antara cara utama mendapatkan trafik atau pelawat ke blog korang. Penulis akan kongsikan beberapa website atau tempat yang sesuai untuk korang ping entri dan blog. Ada yang memerlukan korang mendaftar terlebih dahulu dan ada juga yang boleh terus guna.


Kalau korang rajin boleh la try ping kat semua link di bawah, tak pon pilih la mana yang berkenan...



1. Google Blog Search
2. Yahoo! Site Explorer
3. Bing
4. Ping-o-Matic!
5. Pingler

Komuniti Blog di Malaysia

1. Innit
2. Busuk
3. Blogged.my
4. Project Petaling Street
5. MyEBuzz

Disamping tu, korang turut boleh tinggalkan link blog korang di page facebook berikut:
Semoga entri ni dapat membantu melonjakkan trafik blog korang. Usaha tangga kejayaan!

Oct 22, 2011

Blogging Tips: Jom Exchange Review Alexa

Assalamualaikum, sempena hujung minggu ni penulis nak ajak rakan² blogger sekalian untuk exchange review Alexa sesama kita. Ini adalah win-win situation, lepas je korang dah review blog penulis, korang cuma perlu tinggalkan komen dalam entri ni dan penulis akan review balik blog korang dengan 5 bintang.


Kalau korang tak tahu apa itu Alexa, korang boleh pergi SINI dan SINUN atau search sendiri kat Google. Benda yang penulis paling suka tentang Alexa ni ialah kita boleh tahu ranking blog kita di Malaysia & di seluruh dunia! Jadi boleh la kita tengok prestasi blog kita dari hari ke hari. Yang pastinya, website Alexa ni memang banyak kelebihannya & mempunyai ranking yang tinggi dalam Alexa juga banyak kebaikannya.

Dan untuk mendapat ranking Alexa yang lebih baik, salah satu caranya ialah blog kita direview di Alexa seperti yang penulis akan tunjukkan kat bawah ni. Sebelum ni penulis selalu jugak diajak untuk exchange review Alexa ni tapi penulis buat tak endah je.

Walaupun masa tu penulis dah sedar kelebihannya tapi penulis ingat nak buat review ni satu perkara yang susah. Tapi bila penulis dah cuba buat sendiri, terbukti nak buat review Alexa tersangatlah senang! Rasa rugi pulak sebab tak start dari dulu...

Jul 4, 2011

Tutorial | Meletakkan Drop Cap Pada Setiap Entri

Drop cap adalah huruf pertama yang dibesarkan dalam satu perenggan. Contohnya macam dalam gambar ni...



Dalam majalah pun selalu kita jumpa benda ni kan? Tutorial I ni cuma akan jadikan drop cap untuk perenggan yang pertama sahaja. Kalau korang nak buat jugak untuk perenggan ke-2 & seterusnya, kena la buat secara manual macam dalam Tutorial II.

I. Meletakkan Drop Cap Pada Setiap Entri

1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML.
2. Tekan (ctrl+F) & cari ]]></b:skin> dalam ruangan Edit HTML tadi.
3. Copy kod dibawah dan pastekan kod tersebut sebelum ]]></b:skin>


.post-body:first-letter, .post-body .dropcap:first-letter {font-weight:bold;font-size:65px;font-family:monotype corsiva;float:left;padding:0;margin:-4px 5px 0px 0px;position: relative;background-color:none;line-height:0.9;}


4. Preview. Saiz & margin drop cap tu korang boleh ubah ikut citarasa sendiri.
5. Save.

Dah siap. Senangkan? Cuma perlu buat sekali je & untuk entri² akan datang, drop cap ni akan jadi secara automatic.


II. Meletakkan Drop Cap Dalam Entri Secara Manual

1. Pergi ke Dashboard > Edit Posts. Klik pada post yang korang nak edit.
2. Tukarkan kepada mode HTML.
3. Copy kod dibawah dan pastekan pada mana² bahagian dalam entri korang. Jangan lupa tukarkan tulisan tu dengan huruf/perkataan yang korang nak jadikan drop cap.


<span style="font-weight: bold; float: left; padding: 0pt; margin: -4px 5px 0px 0px; position: relative; line-height: 0.9;" >Tukarkan huruf/perkataan yang korang nak jadikan drop cap di sini</span>


4. Preview & Save.

Selamat mencuba ya!

Sumber: Blogger Sentral

Tutorial Pilihan | Membuat Floating Button
Tutorial Pilihan | Membuat Table of Contents

.