Assalamualaikum. Sedar tak sedar kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. Harap-harap tak ada la yang masih buat-buat lupa bukak tudung saji siang-siang hari yer..
Setelah lama menyepi, kali ini penulis datang lagi dengan entri terbaru untuk kongsi sedikit cerita cuti penulis pada awal bulan ni iaitu pada
5-9 Jun 2015. Sebenarnya ada beberapa lagi entri yang dah ditulis tapi masih terperap dalam kotak draft. Tunggulah nanti kalau dah bertambah rajin, penulis akan post entri seterusnya.
Baiklah. Destinasi cuti-cuti penulis dan keluarga kali ini adalah ke bahagian barat Pulau Jawa iaitu Jakarta dan Bandung. Hari pertama boleh dikira hari perjalanan sahaja sebab kami sampai di
Soekarno Hatta International Airport pun dah pukul 8.30 malam dan terus sambung perjalanan ke
Puncak, Bogor selama 4 jam.