Jun 28, 2015

Cuti-Cuti Jakarta & Bandung - Taman Safari

Assalamualaikum. Sedar tak sedar kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. Harap-harap tak ada la yang masih buat-buat lupa bukak tudung saji siang-siang hari yer..

Setelah lama menyepi, kali ini penulis datang lagi dengan entri terbaru untuk kongsi sedikit cerita cuti penulis pada awal bulan ni iaitu pada 5-9 Jun 2015. Sebenarnya ada beberapa lagi entri yang dah ditulis tapi masih terperap dalam kotak draft. Tunggulah nanti kalau dah bertambah rajin, penulis akan post entri seterusnya.


Baiklah. Destinasi cuti-cuti penulis dan keluarga kali ini adalah ke bahagian barat Pulau Jawa iaitu Jakarta dan Bandung. Hari pertama boleh dikira hari perjalanan sahaja sebab kami sampai di Soekarno Hatta International Airport pun dah pukul 8.30 malam dan terus sambung perjalanan ke Puncak, Bogor selama 4 jam.

Aktiviti hari kedua adalah ke Taman Safari Indonesia Cisarua-Bogor. Selepas membantai nasi goreng yang disediakan sendiri oleh tuan empunya homestay, kami pun memulakan perjalanan. Pemandangan sekitar yang dikelilingi deretan tanaman teh sepanjang perjalanan memang sangat menyamankan. Kami sempat jugak singgah sekejap di hentian untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan kebun teh.


Menurut supir kami Pak Eddy, kebiasaannya perjalanan dari Puncak ke Taman Safari mengambil masa dalam 1 jam setengah sahaja tetapi oleh kerana kami terperangkap dalam macet, perjalanan dah jadi 3 jam setengah. Bayangkan ada di satu tempat tu, kenderaan langsung tak bergerak selama 2 jam! So kalau korang berhasrat nak datang ke Taman Safari ni, better korang plan betul-betul.

Peta Taman Safari

Okay, kami sampai di pintu masuk Taman Safari dalam pukul 12.30 tengahari. Lepas dah beli tiket, kami terus masuk ke kawasan safari. Oleh kerana namanya safari dan bukannya zoo, kebanyakan haiwan di sini dibiarkan berkeliaran dan ada yang buat muka kesian mintak makanan daripada pengunjung. Tapi bukan semua haiwan kita boleh bagi makan, contohnya orang utan kat bawah ni.

Siap hulur tangan lagi mintak pisang yang penulis pegang. Sayu betul sebab tak boleh bagi..

Kalau spesies rusa dengan lembu, memang jinak bebenor.
Hulur je makanan, berduyun la datang. Sampaikan ada yang hulur kepala masuk dalam van kami.

Berbagai jenis haiwan terdapat di dalam taman safari ni antaranya gajah, zirafah, unta, kuda belang, beruang, orang utan, badak sumbu dan yang paling buat penulis teruja mestilah harimau dan singa. Dalam kawasan haiwan berbahaya seperti harimau dan singa ni, pengunjung tak dibenarkan membuka tingkap kenderaan. Jangan pulak ada yang gatal nak lambai-lambai tangan ataupun beri makanan kat harimau dan singa ni..kang tak pasal-pasal diorang pulak yang kenduri.

Dia punya feel memang lain macam bila pak belang ni duk perhati je kita yang lalu kat sebelah.
Setelah dah keliling satu taman safari tu, perut pun dah lapar. Nasib baik tak berebut pisang dengan zebra tadi..hehe. Untuk makan tengahari kami singgah di RIMBA Food Court. Kat sini ada macam-macam pilihan makanan, ada nasi berlauk, chinese food dan ayam goreeeng.

Ini bukannya ayam goreng KFC tau, tapi SFC atau nama panjangnya Safari Fried Chicken.

Next, kami pergi tengok pertunjukan haiwan pulak. Setiap pengunjung akan diberikan map safari, so senanglah nak tuju mana-mana tempat yang korang nak pergi dan jadual pertunjukan pun ada dinyatakan sekali. Kesemuanya ada 9 pertunjukan tetapi disebabkan kesuntukan masa, kami sempat pergi 3 pertujukan sahaja iaitu Singa Laut Show, Birds of Prey Show dan Lumba-Lumba Show. Bagi penulis, semua pertunjukan sangat menarik dan haiwannya pun sangat terlatih dan cerdik. Thumbs up lah pada trainer diorang.

Adegan romantis dan aksi oleh sang singa laut.

Selepas mendaki, sampai jugak di Lumba-Lumba Show ni. Ingatkan dekat, rupanya jauuuh!

Satu lagi perkara yang best dekat dalam taman safari ni adalah Fun Park. Korang boleh main mana-mana permainan secara percuma, tetapi yang percuma tu sekali sahajalah. Penulis tak pasti sama ada memang tak boleh ataupun kena bayar kalau nak main untuk kali kedua. Antara permainan yang terdapat kat sini ialah Space Shuttle, perahu hippo, basikal gantung dan keretapi untuk kanak-kanak.

Yang paling thrill mestilah time naik Space Shuttle tu,
tambah pulak penulis gatal sangat duduk seat paling depan..hehe.

Overall, kunjungan ke Taman Safari ni sangat berbaloi sebab terdapat berbagai jenis haiwan, pertunjukan dan permainan yang disediakan. Pendek kata, kalau seharian menapak kat sini pun korang tak akan puas dan belum tentu dapat teroka semua tempat. Kemudahan seperti surau dan tandas pun bersih dan selesa. Kat bawah ni penulis nak kongsi sikit info dan tips untuk sesiapa yang bercadang untuk datang ke sini.

Info & Tips Ke Taman Safari Indonesia Cisarua-Bogor

1. Pilih penginapan yang berdekatan dengan Taman Safari. Sebaiknya korang menginap di Safari Lodge (dalam Taman Safari) atau penginapan sekitar pintu masuk Taman Safari bagi menjimatkan masa perjalanan.

2. Waktu operasi Safari Siang adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Datanglah seawal mungkin kerana di sini bermacam-macam pertunjukan & permainan disediakan. Permainan ditutup pada pukul 5.30 petang manakala pertunjukan dilangsungkan setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan. Rancang perjalanan anda berpandukan peta yang akan diberikan secara percuma.

3. Selain Safari Siang, ada lagi aktiviti yang ditawarkan di sana antaranya Safari Malam, Safari Waterpark dan Safari Trek & Outbound.

4. Kawasan Taman Safari ini sangat luas. Jarak antara satu pertunjukan dengan pertunjukan yang lain ada yang agak jauh dan jalannya berbukit, contohnya dari Birds of Prey Show, korang kena mendaki 15 minit untuk sampai ke Lumba-Lumba Show. Jadi untuk mengelakkan ketiak korang basah, bolehlah beli tiket kereta safari. Harga tiket ni Rp.20.000 seorang dan boleh digunakan sepanjang hari. Tapi kalau korang ada supir, call je diorang untuk hantar kemana-mana. Dah boleh berjimat kat situ.

5. Akhir sekali, jangan lupa beli makanan untuk korang bagi kat haiwan. Dekat tepi jalan masuk Taman Safari pun ada banyak gerai jual lobak dan pisang. Barulah dapat rasa perasaan bila lidah unta menjilat tangan korang..hehehe.

2 comments:

mommy.aisy.hana said...

Info yg bagus.
Tgh usha safari pnya tiket jugak ni.. insyaAllah akan ke sana bulan depan.. seronok pula dapat feel2 dalam safari mcm tu..

Unknown said...

@mommy.aisy.hana

Tq. Kalau dah ke jakarta, memang rugi kalau tak ke taman safari ni..hehe