Dec 31, 2011

Fenomena Air Pasang Besar

Assalamualaikum. 4 hari lepas berita pasal fenomena air pasang besar ni masuk paper, siap muka depan lagi. Time baca paper tu terkejut jugak sebab tempat ni sebelah je dengan tempat penulis jogging petang². Tak sangka pulak jalan kat situ dah rosak sampai macam tu.


Gambar² ni penulis ambil lepas jogging petang tadi. Sejak fenomena tu, boleh tahan happening jugak tempat ni sebab ramai yang datang tengok siap bawak anak² lagi...



Paling sedih bila tengok banyak pokok rhu yang tumbang. Nak boleh besar macam ni bukannya senang...


Kat depan sana kerja² baiki jalan masih lagi giat dijalankan. Tengok tu, jalan dah tinggal separuh.

Dengar cerita, malam² pun ramai jugak yang datang 'tengok ombak'. Memang jadi fenomena lah orang kata. Mungkin kat Dungun ni dah takde tempat lain nak lepak kot ;(

Dec 24, 2011

Jom Ke Trek

Waah! Dah lama tak jenguk laman bersawang nih. Maklumlah, sibuk melayan kerenah anak buah penulis yang dua orang tu. Cuti sekolah ni, diorang datang la bercuti seminggu kat Terengganu ni...

Berbalik pada tajuk, trek yang penulis maksudkan ialah trek jongging kat Bukit Bauk. Pagi tadi sempat jugak mendaki bukit. Penulis start naik pukul 9, kira lambat jugak la sebab sebelum tu dah jogging kat tepi pantai.


Time penulis sampai tu ramai yang dah turun so, jalan pun dah lengang. Agak seram la jugak jalan sorang² kat sini...


Pemandangan yang super cantik dipertengahan bukit.


Disebabkan hari dah mendung & jambatan ni yang nampak macam tak kukuh (jambatan lama dah runtuh) penulis daki sampai separuh jalan je, pastu patah balik.

Penulis ciao dulu, nak daftar BEM pulak. Ada citer baru nanti gua update lah ye!


Dec 15, 2011

Dream Car | Porsche 918 RSR

Combining what it has learned from the GT3 R Hybrid racecar with the 918 Spyder concept, Porsche has unveiled the 918 RSR Coupe at the 2010 Detroit Auto Show.



The 918 RSR is a racecar designed to compete in the 24 Hours of LeMans that makes use of a KERS (kinetic energy recovery system) for additional motivation and/or efficiency. Like the 911 GT3 R Hybrid, it obtains its additional power from an electrical motor whose batteries are re-supplied through the braking system.

Dec 7, 2011

Mouse Komputer Pertama Di Dunia

Inilah rupanya "mouse" atau tetikus komputer pertama di dunia. Dicipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, ia diperbuat daripada kayu dengan 1 tombol di atas dan dua roda di bawahnya membolehkan ia bergerak dalam satu paksi.



Aplikasi yang terlibat dalam ciptaan tersebut menggunakan perinsip penunjuk X dan Y dimana penunjuk tersebut mengawal mekanisma posisi roda X-Y pada sudut berlawanan yang berputar menurut gerakan X dan Y, oleh itu ia dinamakan "X-Y position indicator".



Sayangnya Englebert tidak mendapat satu sen pun royalti daripada ciptaannya itu. Namun pada tahun 2000, dia menerima National Medal of Technology untuk mengembangkan mouse dan membantu mengembangkan hypertext.

Kalaulah guna mouse cenggini main Counter Strike, berlari macam ketam la player gua...hahaha.


Wordless Wednesday: Peacock

Dec 4, 2011

Dream Car | Koenigsegg Agera R

The Koenigsegg Agera R is a machine of rare beauty and power. Back in September, the Koenigsegg Agera R set six new world records as proof of what an amazing car it really is. Now, the supercar has received an official Guinness approval for its 0-300-0 km/h record time of 21.19 seconds established at Koenigsegg’s proving ground in Ängelholm, Sweden on September 2, 2011.



Koenigsegg was the first Sports car manufacturer that took a step towards green technology when the bio fuel CCXR was introduced in 2007. The Agera R, based on the highly competitive Agera, follows in the footsteps of the CCXR as it also runs on E85 bio fuel.

Dec 3, 2011

Disebalik Nazmi Faiz & Gol Terbaik Dunia

Lepas je balik dari jogging pagi tadi penulis terus capai surat khabar. Macam biasa, mestilah baca ruangan sukan dulu. Adalah terbaca satu berita pasal gol Nazmi Faiz tersenarai sebagai antara gol terbaik dunia untuk minggu ni. Nak tengok gol cantik tu? Klik SINI.


Penulis pun try pulak bukak website 101 Great Goals. Setahu penulis, website ni dikendalikan oleh 2 orang pemain lagenda Brazil, Zico dan Ronaldinho. Entah betul ke tidak. Yang penting, gol yang Nazmi jaringkan masa lawan Bahrain tu berjaya mencuri tumpuan dunia bola sepak antarabangsa.


Dan mengikut hasil undian, gol jaringan Nazmi bakal dinobatkan yang terbaik minggu ini kerana dah jauh meninggalkan gol jaringan Kevin Prince Boateng dan pemain lain. Tapi kalau tengok kat ruangan komen, kemungkinan vote tu majoriti datangnya dari peminat Malaysia sendiri. Apa-apapun, tahniah diucapkan pada Nazmi Faiz kerana anda memberi harapan baru kepada peminat setia Harimau Malaya.

Disebalik Nazmi Faiz & gol terbaik dunia ni, penulis tertarik dengan komen yang ditinggalkan di website tersebut. Penulis tak pasti diorang ni individu yang sama atau lain, yang pasti nama yang tertera tu hanyalah nama samaran semata-mata. Korang jangan percaya pulak! Kat bawah ni penulis ada petik beberapa komen yang menarik...