Oct 25, 2010

A Happy Ending

Apa yang happy ending? OK, begini ceritanya... Kalau dalam entri sebelum ni, penulis ada cakap yang tournament sempena eXpoconvo'10 haritu mungkin last tournament untuk MOSIXERS tp rupa²nya bukan, sebab semalam team MOSIXERS masuk 1 lagi tournament.

Tournament kali ni bersempena Karnival Sukan KK5 (satu²nya kolej kat kampus pekan ni) & yang paling 'best' tournament ni dilangsungkan pada waktu malam. Kul 8.30 baru start main & korang tau kul berapa baru abes? Kul 3 pagi der... Ada yang ngantuk, ada yang penat, yang lapar pon ramai...

Walaupon kitorang dapat no3 je, bagi penulis ni la tournament yang paling enjoy (ada jugak ketegangan time game 2nd ngan 3rd, tp tu standard la kan..) Nak2 time bukak hamper tu. Hamper yang kitorang dapat takde la besar mana tapi yang penting semua ceria je time tu. Guys, konpem penulis bakal rindu setiap jam, minit & saat² macam semalam. Sebab korang-memang-terbaik, terbaik, terbaik!

Happy ending bukan semestinya kena jadi champion, dapat no3 pon boleh dikira happy ending jugak. Maybe its even better than being a champion. Bak kata Jijie, walaupon no3.... tapi kepuasan terserlah!





Oct 24, 2010

Ease Your Tense

Sekarang ni sangat2 sibuk dengan thesis, projek, assignment & test. Korang² semua yang bergelar student mesti rasa macam yang penulis rasa kan? Yang penting jangan tension² & buat yang terbaik. Setiap dugaan tu pasti ada hikmahnya. insyaAllah...

My current wallpaper...it helps a lot!


Oct 19, 2010

22

Just a quick update. Alhamdulillah harini penulis masih mampu bernafas. Untuk tahun ke-22 ni harap² dipermudahkan segala urusan, agar dapat kejayaan di dunia & di akhirat insyaAllah....

Tak lupa jugak... Nak ucap terima kasih kat semua yang wish through mesej, fb mahupun skype. Sayang korang semua! (Terasa gedik pulak hehehe)















Oct 10, 2010

Our Last Tournamet.....Maybe

Cantik betul tarikh harini kan? Padanlah angkasawan negara, Sheikh Muszaphar pilih tarikh ni untuk kahwin. Tapi penulis bukannya nak citer pasal wedding of the year ni, cuma nak update sikit pasal tournament futsal yang kitorang join pagi tadi...



Harini awal² pagi penulis dah bangun. kul 6.30 dah siap mandi. Pastu kena kejut teammates yang lain. Punya la susah nak kejut diorang ni... Ada tu sampai 4 kali gegar baru bangun. Kononnyer nak gerak kul 7, last2 kul 8 lebih baru gerak ke Gambang.

Tournament yang kitorang join kali ni sempena eXpoconvo'10. Ada 24 team semuanya & team dari luar pun ada, bukannya student UMP je, team KIPSAS ngan UiTM pun ada jugak. Untuk grouping, team penulis seri dua² match. & yang paling sedih, untuk 2nd round kitorang kalah 1-3. Tak tau la camne 1st half boleh kena sampai 3 gol. Moral pon dah down giler...Time penulis masuk 2nd half, main pon dah rushing. Sempat la dapat 1 gol, tapi nk buat comeback tak dapat la der...

Yup, memang agak sedih sebab maybe ni la last tournament bagi M06ixers. Penulis ingat lagi 1st time kita masuk tournament kat court belakang KK1 & dapat our 1st medal. Dari Line7 sampai ke Nike. Dari futsal sampai ke 7 sebelah. Penulis harap sangat nak dapatkan medal untuk tournament ni. Nak bagi sweet ending untuk M06ixers tapi rezeki kita sampai sini je kot....Guys, to win a tournament is very hard. But to keep winning is even harder. Yang tu, kita mesti ingat.

Apa² pun selama 4 tahun bersama M06ixers, penulis memang cukup puas hati. Harap² boleh lagi masuk tournament skali ngan korang...Walaupon macam penulis cakap tadi, ni mungkin our last tournament.... Adios!


2 mac 2008. budak2 baru nak naik...

P/S: Der, korang punyer 10.10.10 apa citer?

Oct 8, 2010

Esok Takde Eletrik?

Semalam terdengar berita yang tak best ni dari kawan² penulis. Announcement yang diterima lebih kurang camni:



Gangguan Bekalan Elektrik Di UMP Pekan.

Assalamualaikum, Untuk makluman warga UMP, pada 9 Oktober 2010, Sabtu. Terdapat gangguan bekalan elektrik di UMP Pekan akibat daripada kerja-kerja Re-Checking & Total shutdown MSB. Kerja-kerja akan dijalankan dari pukul 7.30 am - 5.00 pm, harap maklum.


Uish. Kul 7.30 pagi sampai kul 5 petang tuuuu. Time² semangat nak buat PSM ni la letrik takde...(semangat sebab lagi 2 minggu dah nak kena hantar kat SV) So secara otomatik nyer esok terpaksa la ambil mc dari buat PSM. Hehehe...


Ini bukan cobaan, ini betul-betul!
OK. Tukar sikit. Ini betul-betul coobaa'aannn....