Sep 30, 2009

eXpoconvo '09

Pada 29 September, eXpoconvo '09 bermula secara rasminya. Majlis perasmian yang diadakan sekali dengan Academic Carnival ni dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPT, Dato' Saifuddin Abdullah.

Sepanjang 6 hari program ni berlangsung, tugas utama budak² protokol macam penulis ni pada masa kejadian ialah jadi usher & penyambut tetamu. Disebabkan penulis kena jadi usher time majlis penutup, so untuk majlis perasmian ni penulis cuma jadi penyambut tetamu. Tapi tiba² pulak time rehearsal, penulis diminta untuk jadi orang yang bagi scroll kat Dato' Saifuddin. Pastu ada pulak request nak suruh penulis pakai baju ala² angkasawan! Nasib baik baju camtu takde, kalau tak, sumpah penulis tak pergi time majlis tu...hahaha.

Nak citer sikit pasal malam sebelumnya. Penulis yang raya seraya rayanya time cuti baru ni, terpaksa siapkan project yang berupa 44 pages. Penulis buat kerja tu dari pukul 1 pagi sampailah pukul 7.30 pagi. So sempat tido setengah jam je haritu. Dalam pukul 8, dengan mata yang masih tak berapa nak bukak, penulis terus pergi ke depan Canseleri untuk majlis perasmian.

Pada hari kejadian, peranan penulis hanya time gimik je sebenarnya. Kena tunggu Helicopter RC dropkan scroll pastu keluarkan scroll dari bekas & bagi kat Dato' Saifuddin. Itu je. Tapi time nak keluarkan scroll tu agak berpeluh jugak, sebab dia punya penutup ketat yang amat! Nasib baik saki baki tenaga yang ada ni, cukup untuk buka penutup tu. *sigh*


Mata tak cukup tido! Hahaha

OK, tu je la setakat ni. Dengan bermulanya eXpoconvo ni, artinya tido penulis takkan cukup. So, gudluck to Ahmad Hisyam untuk hari² mendatang...

Ni lah gimik untuk opening ceremony~~~


P/S: Thanks to budak2 eXpoconvo '09 & En Rosmillah yang banyak membantu.

No comments: