Jul 29, 2009

Panas

Entri kali ni berkisar tentang kehidupan penulis & member² senasib yang dihantar belajar ke Pekan. OK, semalam adalah first day budak² mekanikal start belajar kat kampus baru UMP tu & bermulalah pengalaman yang julung² kalinya penulis rasai sepanjang bergelar student UMP.

Untuk hari Selasa, kelas penulis start pukul 9 pagi. Tapi pukul 6 pagi budak² rumah penulis dah bangun & bersiap. Iye la, takut tertinggal bas. Dalam pukul 7 pagi kitorang dah tercegat kat post pak guard, tunggu bas datang. Perjalanan dari Gambang ke Pekan makan masa 1 jam, kiranya sempat la sambung tido time otw tu. Turun je dari bas, Dekan dah tunggu & bersalam dengan semua student. Pagi tu siap dapat makan free tau, nak jaga hati student la tu...

Nak dijadikan cerita, kelas yang pukul 9 tu cancel. So kitorang terpaksalah merempat dulu sebab next kelas pukul 12. Adoi ni la susah duduk jauh ni, kalau dulu konfem balik tido kat rumah. Selama 3 jam menunggu, ini la kerja penulis... Hehehehe.

Walaupun merempat, tido kat sini layan beb, angin sepoi² bahasa gitu. Semalam kelas sampai pukul 5. Habis je kelas, kitorang pun terus bergerak atau lebih tepatnya lari pecut 400m berganti² ke tempat tunggu bas. Nak naik bas pun kena rebut², kalau tak, kena la naik bas pukul 6 pulak.

OK, sekarang baru la sampai part berkaitan title entri ni. Kat atas ni penulis letak title entri ni "Panas". Nak tau kenapa? Bas yang kitorang naik time balik tu takde air-cond, dah macam duduk dalam sauna. Mungkin ada baiknya, keluar jugak la peluh walaupun tak sempat nak main petang²... (Ceh!! Nak sedapkan hati jer tu...) Otw balik tu bas rosak, ada la dalam 10 minit tersadai kat tepi jalan...

Time² panas tu ada pulak mamat² yang bising² kat belakang bas tak puas hati ngan member penulis. Pasalnya member penulis tu budak Mechapro. Hoi!! Kalau nak hentam Mechapro lantak la! Tapi ko jangan kacau member aku! Ko ingat ko bising², awek kat depan tu suka ke? Bajet hero laa tu...

Pakai la otak! Korang ingat kita pindah Pekan ni member aku ke yang mintak? Time aku suruh bangun, ko senyap pulak... Penulis memang panas ngan budak gemuk tu, tapi malas la nak kecoh² dalam bas. Hmm...nasib baik harini aku tak jumpa ko... (tak sabar nak jumpa ko, boleh kita setel kan benda ni)

Jul 27, 2009

The Invisible Man: Liu Bolin's Camouflage Artwork


Meet the real-life Invisible Man, an artist with the ability to disappear..

Jul 26, 2009

Kosmo! Varsity Futsal

Petang tadi penulis ada tournament futsal kat Arena Ria Futsal Kuantan. Nama tounament ni, Kejohanan Satu Malaysia UMP - Kosmo! Varsity Futsal & untuk kategori bawah 21 tahun, team penulis iaitu Mosixers FC dapat naib johan je. Ruginya tak dapat pergi grand final...


Tapi puas hati la sebab first time dapat hadiah wang tunai & dapat kalahkan team FC Mat Gadis-Gadis time quater final. Bukannya penulis tak suka dengan team ni, tapi diorang ni team faveret untuk menang tournament ni & kebanyakan player dia wakil UMP MASUM. Dah lama kitorang mengidam nak jumpa team ni.

Match lawan Mat Gadis-Gadis ni kitorg menang 2-1. Time final pulak kitorang kalah ngan team Phantom Assassin 2-3. Anyway thanks to my teammates, korang memang best!!

Harini penat gila sebab selain main, penulis turut jadi urusetia sepanjang tournament ni...



Baca lagi pasal Mosixers FC kat SINI


Jul 25, 2009

Penangan Vortex

Apa tu Vortex? Vortex ni sebenarnya mainan kat fun fair. Kat fun fair yang penulis pergi tu, vortex ni la yang paling tinggi dalam banyak² mainan. Kalau korang tinggal kat area Kuantan ni pergi la tengok, sebelah Giant Kuantan tu je... & kalau hati kering, try la naik vortex ni. Hehehehe...

Dalam sem ni dah 2 fun fair penulis pergi. Awal² kat Gambang, depan UMP. Kat sana kitorang naik Orbiter. Penulis jamin sesiapa yang lemah semangat, konfem akan senyap je (nak jerit pun takde daya) time naik benda ni. Pastu semalam kitorang pergi pulak fun fair kat Giant tu.

Kat sana la kitorang nekad nak naik benda alah Vortex ni. Memang gilagilagila la naik benda ni!!! Rasa macam kena lambung² kat udara & bila dah selamat turun dari mainan tu rasa macam mati hidup balik... Kalau korang nak rasa macam mana "terjun bangunan jatuh kepala dulu" boleh la try naik benda nih.

Sambung balik cerita... Lepas je turun dari Vortex, kitorang naik pulak Challenger. Benda ni takde la mencabar macam Vortex tapi kalau korang naik 2-2 mainan ni sekaligus memang rasa nak muntah ler... Sebenarnya penulis nak post entri ni semalam tapi sebab rasa pening² lagi, so terpaksa la tunda ke hari ni...

Sebelum balik kitorang lepak² dulu dalam fun fair tu, ye la nak masuk pun dah kena bayar 3 ringgit. Overall semalam penulis habis 19 ringgit untuk fun fair jerk (tiket masuk Rm3+Vortex RM8+ Challeger RM8) Mahal kan? Dengar citer fun fair ni tutup hujung bulan 8 ni, so dalam plan kitorang nak pergi sekali lagi tempt tu. Ada yang nak join naik Vortex? Ada bran?



P/S: Adoi kenapa la mulut ni berat sangat??? *tolong jangan menyesal* (orang² berkenaan je yang tau apa yang aku merapek ni...)

Jul 16, 2009

Sabo Je Laaa

Hmmm...dah lama tak update blog ni. Harini nak citer sikit pasal nasib penulis tahun ni. Rasanya sepanjang kat UMP, tahun ni la nasib penulis & budak² rumah yang paling malang...

Antara sebabnya:

1-Air asyik takde & kalau ada pun ciput je (penulis selalu kena mandi kat paip depan rumah atau kat tangki. Yang hairannya kenapa rumah kitorang je yang takde air?)

2-Internet tak dapat sejak daftar kolej haritu (yang ni pun sama, kenapa rumah kitorang je? Nasib baik petang tadi dah ada staff datang repair)

3-Rumah yang sepatutnya 8 orang tapi disumbatnya 11 orang. (Apa nak jadi la UMP ni... Kesian tengok budak² yang duduk merempat)

4-Dicampak ke Pekan. Belum start lagi tapi kalau jadi, pagi² dah kena naik bas. & kalau nak dikirakan tiap² hari ke Pekan dah rugi 2 jam (perjalanan pergi & balik)

5-Isu LI sebelumnya 6 bulan tapi dalam perangkaan untuk dipendekkan & disandwichkan...

Apa² pun penulis masih bersyukur dengan apa yang penulisa ada. Sebab ramai lagi yang lebih susah kat luar sana.

Jul 9, 2009

Movie Time


Dua² movie ni best!!

Jul 6, 2009

1st Class

Harini first day untuk sem 2009/2010 & sekarang sepatutnya penulis ada kelas mandarin tapi lecturer tak datang² lagi...

So, sempat la penulis post entri ni sementara tunggu lecturer datang...hehehe.