Samalah jugak dengan lagenda gusti dunia, Hulk Hogan. Bila dah teruk kena bantai, tiba-tiba beliau dapat tonik luar biasa seakan baru lepas minum tongkat ali merabakkan baju bundle beliau dan membantaikan kembali pihak lawan dengan jayanya.
Penyokong Ultras bersorak gumbira
Situasi yang sama jugak pernah dialami oleh skuad negara 2 tahun lepas apabila kalah 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan tetapi mereka berjaya bangkit menewaskan lawan yang sama untuk bergelar juara bola sepak Asia Tenggara.
Persoalannya, mampukah pemain Harimau Malaya mengulangi skrip yang sama untuk edisi kali ni? Bagi penulis dengan barisan pemain yang ada, Malaysia sepatutnya ada kelebihan. Kalau dibandingkan dengan kejohanan lepas, senarai kesebelasan utama negara tidak jauh berbeza.
Posisi penjaga gol, tengah dan serangan masih mengekalkan pemain yang sama. Cuma perubahan berlaku pada posisi pertahanan apabila hanya Fadhli Shas, Mahalli dan Faizal Muhammad sahaja yang masih berada dalam pasukan untuk kejohanan kali ini. Jadi dengan pengalaman yang ada, persembahan mereka sepatutnya lebih matang.
Tetapi kalau dinilai kepada corak permainan Harimau Malaya dalam perlawanan semalam, masih banyak yang perlu diperbaiki. Paling mengecewakan apabila penulis langsung tak nampak dimana permainan agresif yang dicanang Datuk K Rajagobal selama ni.
Pemain Singapura dilihat sangat selesa menghantar bola dalam kawasan Malaysia kerana pemain kita lambat memberi tekanan kepada pihak lawan. Gol pertama dan ketiga menggambarkan betapa kritikalnya tahap man marking pemain pertahanan kita.
Bahagian serangan dan tengah pula seakan ketandusan idea. Mereka sepatutnya lebih rajin membuat larian bagi membuka ruang untuk menerima bola daripada rakan sepasukan. Beberapa kali penulis perasan yang Mahalli dan Aidil terpaksa memberi isyarat kepada pemain lain untuk datang menerima bola. Dalam bab ni, penulis puji Safee Sali yang sanggup turun ke bawah untuk membantu.
Apa-apapun, pemain Harimau Malaya harus mengambil kekalahan semalam sebagai pengajaran berguna dan pemain perlu mengurangkan daripada hilang bola dengan mudah, melakukan clearance liar dan kesilapan individu yang boleh membawa padah. Namun prestasi yang dipamerkan oleh Norshahrul dan Mahalli dalam perlawanan semalam memang terbaik, malangnya dalam bola sepak semua pemain mesti memainkan peranan masing².
Mungkin video di bawah boleh memberi sedikit inspirasi buat skuad negara...
Kepada pemain Harimau Malaya... Lampu liplap korang dah menyala, jadi apalagi! Kite fire! Kite fire!
Masalah bila jurulatih rasa dia terlampau hebat tak nak dengar pendapat orang lain.
ReplyDelete@fifie
ReplyDeleteitulah pasal. apa boleh buat, dia kan 'Raja'...
optimis...optimis....
ReplyDeleteHoho long time dah xbace pakcu nyer blog.. Bertambah meriah i tgk.. Keep it uP! ;)
ReplyDelete@GB
ReplyDeleteyeah, Malaysia Boleh!
@kupukupumalam
ReplyDeletemeriah la sangaaat..hehe
kenapa ye klw malaysia klah terasa nak smackdown rajagopal? bhahaha
ReplyDelete@FJ
ReplyDeleteerk mintak2 esok malaysia menang. klo x nahas la rajagobal kena smackdown dgn fatin..haha
Asyik-asyik salahkan rajagopal!!! Sabarlah, permainankan ada kalah dan menangnya... cewah, backup beliau pulak :P
ReplyDelete@Cik F
ReplyDeletedh kira sabar la ni. kalau x, dh sumbat beliau dlm gol..hoho
aku frust giler kot dpt tau singapore menang. tp mmg mase tu msia maen ntah hape2 kot.
ReplyDeletetp aku lagi frust dgn sikap penyokong msia. menganjing singapore..:(
kita tgk diaorg lawa thailand..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDeletekesian raja gopal tu.. haha.. tgklah game nanti.. kot menang kot tidak.. :D
ReplyDelete@misz aisya
ReplyDeletepenyokong jenis mcm tu lebih baik tgk bola sorang2 dlm bilik...
@man
ReplyDeletetahun ni ramai yg ckp thailand team favourite. rasanya game semi final ni mmg sengit!
@eva
ReplyDeletebukannya tak kesiankan rajagobal yg comel itu...tp dia punya taktikal tu je kadang2 gua tak berapa berkenan..
Diorg fire thailand tapi thailand simbah air :(
ReplyDeleteRajagopal. errr
ReplyDelete@Ku Syida
ReplyDeleteitulah, diorg simbah guna belalai gajah..
@Fyqa
ReplyDeletegrrrrrrrrrrrr
sebenarnya.. kita jgn terlalu cepat berasa selesa .. sebaliknya haruslah memperbaiki dan selalu merancang..
ReplyDeleteeeh. mana entry baru? bz ke engineer? hihi
ReplyDeleteLAMANYAAAA TAK UPDATE BLOG T_T
ReplyDeleteabg hisyam... xde ke cite trbaru?? mcm sunyi je blog ni.. huhu
ReplyDelete(xorix attack)