close button

Wednesday, January 11, 2012

Messi Dipilih Pemain Terbaik Dunia Buat Kali Ketiga

Seperti yang dijangka, penyerang licik Barcelona ini dipilih sekali lagi sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2011 atau turut dikenali sebagai Ballon d'Or.



Messi mengatasi rakan sepasukan, Xavi dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bagi mencatat sejarah sebagai pemain keempat yang berjaya memenangi anugerah tersebut sebanyak 3 kali selepas Michel Platini, Johan Cruyff dan Marco van Basten.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah FIFA 2011:


Pemain Terbaik FIFA - Lionel Messi


Jurulatih Terbaik FIFA - Pep Guardiola (Barcelona)


Anugerah Puskas FIFA (Gol Tercantik) - Neymar (Santos)


Anugerah Presedential FIFA - Sir Alex Ferguson (Manchester United)


Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik FIFA - Norio Sasaki (Japan)
Pemain Wanita Terbaik FIFA - Homare Sawa (Japan)
Anugerah Fair Play FIFA - Japan

Pasukan Pilihan Dunia FIFA/FIFPro - Iker Casillas (Real Madrid), Dani Alves (Barcelona), Gerard Piqué (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Nemanja Vidic (Manchester Utd), Andrés Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Xavi (Barcelona), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Manchester Utd)

0 Pengkritik Jemputan: