Kalau sebelum ni penulis ada post tentang Nazmi Faiz & Gol Terbaik Dunia, kali ni lain sikit sebab Goal.com ni memang antara website bola sepak paling popular di dunia dan kalau nak tahu berita terkini boleh sepak memang website ni la feveret penulis.
Nama Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas tersenarai dalam kesebelasan utama bagi 11 Pemain Terbaik Asia Bawah 23 Tahun 2011 manakala Safee Sali dinamakan sebagai pemain gantian dalam 11 Pemain Terbaik Asia 2011. Senarai pemain dipilih berdasarkan prestasi sepanjang tahun 2011 oleh team Goal.com dan mengikut formasi 4-4-2.
Kat bawah ni ada komen tentang Apek & Fadhli Shas tapi Safee Sali takde sebab dia cuma pemain simpanan je...
Sekarang ni pun pihak Goal.com ni sedang buat poll untuk 11 Pemain Terbaik Asia 2011 yang dipilih sendiri oleh pembaca mereka.
Khairul Fahmi dan Safee mendapat undian tertinggi setakat ini sebagai penjaga gol dan penyerang terbaik Asia. Undian akan ditutup esok dan keputusannya bakal diumumkan pada 10 Januari ini. Nak undi? Klik SINI dan SINI.
p/s: Penulis lebih berminat dengan pasukan yang dipilih oleh team Goal.com daripada result undian tu sebab team Goal.com ni memang professional dalam dunia bola sepak.





0 Pengkritik Jemputan:
Post a Comment