Kalau tengok Muslim kat mana-mana match, penulis paling tertarik dengan cara dia tanduk bola. Tak tahulah korang perasan ke tak, tapi cara dia lompat tu pelik sikit. Kadang-kadang kelakar pun ada. Baiklah, jom kita kenal dengan lebih lanjut tentang Muslim Ahmad.
BIODATA MUSLIM AHMAD
Nama Penuh: Mohd Muslim Ahmad
Nama Panggilan: Muslim
Tarikh Lahir: 25 April 1989 (22 tahun)
Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu
Tinggi: 1.82 m
Posisi: Pertahanan Tengah
Nombor Jersi: 24 (Malaysia)
Karier Bola Sepak:
2006-2007 Skuad Piala Presiden Terengganu2007-2009 Harimau Muda
2009-2011 Harimau Muda A
2012-Kini Terengganu FA
Kejuaraan:
Juara Piala AFF Suzuki 2010
Juara Sukan SEA 2009, 2011
Anugerah:
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2009 - Pemain Harapan 100Plus
INFO MENARIK MUSLIM AHMAD
1. Pada awal pembabitannya dalam bola sepak, Muslim lebih dikenali sebagai pemain penyerang berbanding posisinya sekarang, pertahanan tengah. Kes yang lebih kurang sama dengan seorang lagi pertahanan negara, Aidil Zafuan.
2. Pada 4 November 2009, Muslim Ahmad dinobatkan sebagai Pemain Harapan 100Plus di Anugerah Bolasepak Kebangsaan. Tahun berikutnya, Khairul Fahmi dipilih sebagai pemenang manakala untuk musim 2011, Wan Zack Haikal mancatat nama sebagai Pemain Harapan Terbaik.
3. Ketika bersama skuad Harimau Muda A di bumi Slovakia, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi peluang menjalani ujian percubaan dengan salah sebuah kelab disana, FC ViOn Zlaté Moravce. Mereka berdua dijanjikan kontrak profesional untuk musim 2010-2011, namun ia tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah dalaman kelab tersebut.
4. Pernah bergelar pelajar di SK Seri Budiman (sama dengan Manaf Mamat) dan SMK Sultan Sulaiman (sama dengan Mohd Faizal Muhamad, Mohamad Sarbinee Allawee dan Izzaq Faris Ramlan).
5. Selain Muslim, 3 lagi bekas pemain Harimau Muda A turut mengikut jejak beliau untuk berpindah ke Terengganu. Mereka ialah Faizal Muhammad, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusuh.
6. Pada November 2010, Muslim dipanggil ke skuad senior Malaysia oleh jurulatih kebangsaan, Dato’ K. Rajagopal menjelang Piala AFF Suzuki 2010. Muslim yang baru berusia 21 pada ketika itu beraksi cemerlang bagi membantu Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam sejarah sekaligus mengukuhkan gelaran selaku juara bola sepak Asia Tenggara.
7. Buat masa ini, pemain tinggi lampai ini sering diberi kepercayaan berada dalam kesebelasan utama Harimau Muda dan juga Harimau Malaya. Beliau pernah dipilih bagi menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab gergasi Eropah antaranya Manchester United, Arsenal dan Liverpool.
psst: Korang nak menang MPV? Klik SINI.


2 Pengkritik Jemputan:
smoga ramai lagi org ganu jd jaguh m'sia :)
Muslim mmg pertahanan yg baik
Post a Comment