close button

Thursday, December 8, 2011

AFC Cup 2012: Terengganu & Kelantan Wakili Malaysia

Kalau kat Eropah ada UEFA Champions League & Europa League, kat Asia pun ada. Tapi nama dia lain sikitlah - AFC Champions League & AFC Cup. Tahun depan, 2 kelab dari pantai timur akan mewakili Malaysia dalam AFC Cup iaitu Terengganu FA dan Kelantan FA. Kelantan dipilih berdasarkan pencapaian mereka sebagai juara Liga Super 2011 manakala Terengganu selaku juara Piala FA.

Penulis pun tak pasti kenapa kita takde slot untuk AFC Champions League. Mungkin standard liga kita yang masih jauh ketinggalan berbanding liga di negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia. Mungkin juga ranking FIFA kita yang sentiasa turun naik.



Terengganu diundi dalam kumpulan F bersama kelab dari Singapura yang juga juara S-League 2011, Tampines Rovers dan dua lagi kelab, Kitchee (HKG) dan Song Lam Nghe An (VIE).

Dalam kumpulan H, Kelantan diletakkan bersama kelab Ayeyawady United (MYA), Arema Indonesia (IDN) dan Navibank Saigon (VIE). Arema Indonesia yang mempunyai pengalaman beraksi dalam AFC Champions League 2011 dan cukup terkenal dengan kehadiran penyokong paling ramai bakal menjadi penghalang utama kepada Kelantan dan kemungkinan juga ia bakal menyemarakkan kembali kehangatan Sukan SEA baru-baru ni. Kita tunggu aje lah suasananya nanti.



Diharap Sang Penyu dan The Red Warriors dapat memberi persembahan yang terbaik dalam kejohanan ni sebab prestasi mereka juga bakal menjadi penentu untuk memastikan Malaysia mendapat sekurang-kurangnya satu slot ke AFC Champions League. Indonesia dan Thailand dah ada wakil, kita bila lagi?

Sedikit info tentang AFC Cup



1. Pada awalnya, Terengganu perlu melalui perlawanan play-off untuk mendapat tempat ke peringkat kumpulan. Namun, setelah kelab dari China, Liaoning Whowin menarik diri dan penyertaan Persipura Jayapura (Indonesia) dibatalkan, Terengganu layak ke peringkat kumpulan secara automatik.

2. Juara AFC Cup untuk tahun 2011 ialah kelab dari Uzbekistan, Nasaf.

3. Pada tahun 2008, Kedah berjaya ke peringkat suku akhir namun mereka kalah teruk kepada kelab dari Bahrain, Al Muharraq yang bergelar juara AFC Cup pada tahun tersebut.

4. Perlawanan pertama peringkat kumpulan bakal bermula pada 6-7 Mac tahun hadapan dan final akan berlangsung pada 3 November 2012.

p/s: Peteh Tranung Peteh!

2 Pengkritik Jemputan:

EnciK AxixOu said...

muge ganu wat hop t'baik..ganu mmg nelang

nurmujahidah said...

jom join says.my.. macam churp2 jugk,, earning muja kat says.my lagi banyak daripada churp2,, hehe,, muja follow:D
http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/ape-itu-saysmy.html