Nov 2, 2011

10 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia 2011

Senarai pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi untuk tahun 2011 telah pun dikeluarkan oleh Forbes Magazine dengan David Beckham menerajui senarai tersebut.

Walaupun sekarang ini pemain seperti David Beckham, Thierry Henry dan Ronaldinho tidak bermain untuk kelab utama dunia, mereka masih berada dikedudukan 10 teratas disebabkan kontrak penajaan yang mereka terima.


Pemenang Pemain Terbaik Afrika sebanyak 4 kali & pemain kelab Anzhi yang mendapat gaji tertinggi di dunia, Samuel Eto'o berada di kedudukan ke-10 dan merupakan satu-satunya pemain Afrika yang tersenarai. Jadi mari kita saksikan senarai lengkap 10 pemain bola sepak terkaya untuk tahun 2011:

1. David Beckham


Kekayaan Keseluruhan: $219 juta (2011 Sunday Times UK Rich List)
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $40 juta
Kelab: Los Angeles Galaxy

Setelah perjanjian terbesar dalam sejarah dunia sukan bersama Adidas, beliau menandatangani satu lagi kontrak dengan Samsung pada bulan Mei 2011 seterusnya menjadikan beliau ikon Games utama syarikat itu. Beliau turut menghiasi iklan bagi syarikat gergasi fesyen dan gajinya adalah antara yang tertinggi di MLS.

2. Cristiano Ronaldo


Kekayaan Keseluruhan: $160 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $38 juta
Kelab: Real Madrid

Cristiano cukup terkenal di Twitter dengan 3 juta follower dan di Facebook, 26 juta peminat. Menjadi pilihan Nike, Armani, Coca-Cola dan Castrol untuk mempromosikan produk mereka. Gajinya di Real Madrid juga sangat mahal, tetapi jika dinilai dengan prestasinya sekarang ini, ianya memang berbaloi.

3. Lionel Messi


Kekayaan Keseluruhan: $110 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $32 juta
Kelab: Barcelona

Dilabel sebagai pemain terbaik dunia buat masa sekarang, Messi sedang menerima sponsor dari Konami, AudemarsPiquet, Chery, AirEuropa, PepsiCo dan Adidas. Gajinya sahaja adalah $16 juta setahun.

4. Ricardo Kaka


Kekayaan Keseluruhan: $100 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $25 juta
Kelab: Real Madrid

Kontraknya bersama EA Games merupakan penyebab utama beliau tersenarai antara pemain terkaya dunia. Kemunculannya pada gambar depan game FIFA 2011 menyumbang kepada penjualan hampir 100 juta unit game tersebut. Beliau juga patut berterima kasih kepada gaji tinggi yang diberikan oleh majikannya di Real Madrid dan iklan yang beliau jalankan baru-baru ini.

5. Ronaldinho



Kekayaan Keseluruhan: $90 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $24 juta
Kelab: Flamengo

Merupakan penerima anugarah Pemain Terbaik Dunia 2 kali berturut-turut beberapa tahun yang lalu, kini Ronaldinho bermain dengan kelab Flamengo di negara asalnya. Kontraknya bersama kelab Brazil itu hanya akan berakhir pada tahun 2014 dan beliau turut menerima penajaan yang berskala besar.

6. Thierry Henry



Kekayaan Keseluruhan: $60 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $21 juta
Kelab: New York Red Bulls

Selepas berpindah ke MLS pada 2010 untuk bermain dengan New York Red Bulls, beliau telah membeli sebuah rumah mewah di New York dengan harga hampir $15 million. Pada lewat 2010, beliau dilantik sebagai duta produk Gillette.

7. Wayne Rooney



Kekayaan Keseluruhan: $37 juta atau $59 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011:: $20 juta
Kelab: Manchester United

Walaupun dikenali dengan sifatnya yang cepat marah dan biadap, beliau tetap menerima tajaan daripada Coca-Cola, Nike dan Electronic Arts. Kontraknya di Old Trafford yang bernilai $8 juta setahun, akan terus berjalan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

8. Frank Lampard



Kekayaan Keseluruhan: $27 juta atau $43 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $17 juta
Kelab: Chelsea

Pendapatan utama beliau adalah daripada gaji yang diterimanya di Chelsea iaitu kira-kira $11 juta setahun, meletakkan Lampard atlet yang memperoleh gaji tertinggi di England.

8. Zlatan Ibrahimovic



Kekayaan Keseluruhan: $60 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $17 juta
Kelab: AC Milan

Reputasinya sebagai antara penyerang terbaik dunia memastikan beliau sentiasa menerima gaji yang tinggi, tidak kira pasukan mana yang beliau wakili. Ini terbukti apabila kelab dari Itali itu turut menawarkan gaji yang lumayan buat Zlatan.

10. Samuel Eto'o



Kekayaan Keseluruhan: $40 juta
Pendapatan Mei 2010 - Mei 2011: $15 juta
Kelab: FC Anzhi Makhachkala

Pemain Afrika paling berjaya setakat ini apabila dinobatkan Pemain Terbaik Afrika buat kali keempat, beliau menambah Puma dan Ford kedalam senarai sponsor beliau. Bermain untuk kelab kaya dari Russia, beliau menjana sebanyak $29 juta setahun. Dengan kontraknya bersama kelab tersebut diikat selama 3 tahun, nama beliau pasti tercatat dalam sejarah bola sepak dunia sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.

p/s: Nuffnang saya dah sihat... hoyeah!

4 comments:

Galeri Siber said...

best la macam ni..jd ahli sukan ja boleh raih pendapatan tinggi

miss kinah said...

pkwe sy yg no 2 tu..hahahaha

Ahmad Hisyam said...

@Galeri Siber

mmg best...tp bkn senang nak smpai tahap mcm diorg

Ahmad Hisyam said...

@miss kinah

bukan yg no 10 tu ke? muahahaha